Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Menara 188 Kuantan, Pahang 29 Rejab 1445H bersamaan 10 Februari 2024 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah mengadakan cerapan hilal bagi menentukan awal bulan Syaaban 1445H bersama Jabatan Mufti Negeri Pahang (JMNP) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Negeri Pahang.

Menara 188 Kuantan, Pahang yang siap dibina pada 3 September 2019 merupakan lokasi cerapan rasmi baharu Negeri Pahang bagi menggantikan Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang setelah mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-262 pada 8 & 9 Rabiulakhir 1445H bersamaan 25 & 26 Oktober 2023M.

Aktiviti cerapan telah diketuai oleh SS YH Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Osman; Mufti Negeri Pahang. Turut hadir YH Dato' Dr. Haji Zulkifle bin Haji Ali; Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, YH Dato' Haji Abdul Zaki bin Md Zain; Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Sr. Tsalimy bin Abdullah; Pengarah JUPEM Negeri Pahang, AJK Falak Syarie Pahang, penceramah falak, wakil Qadhi Daerah Kuantan, Qadhi Daerah Kuantan Barat, Qadhi Daerah Cameron Highlands, pegawai-pegawai JUPEM dan urusetia Bahagian Falak JMNP.
Manakala rombongan JAKIM diketuai oleh Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan JAKIM; Dr. Muhammad Yamin bin Ismail bersama-sama Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Kajian Syariah, Bahagian Penyelidikan JAKIM; Puan Hazizah binti Yusoff dan Pegawai Kanan Seksyen Kajian Falak JAKIM.

Rombongan Falak JAKIM juga telah melihat kesesuaian tapak cerapan rasmi di Pahang iaitu Bukit Tanjong Batu, Nenasi dan cadangan tapak cerapan baharu di Pekan. Negeri Pahang mempunyai tiga (3) lokasi cerapan rasmi iaitu Menara 188 Kuantan, Bukit Tanjong Batu di Nenasi dan Stesen Cerapan Hilal Gunung Berincang di Cameron Highlands.


CERAPAN HILAL SYAABAN 1445H 01

CERAPAN HILAL SYAABAN 1445H 05

CERAPAN HILAL SYAABAN 1445H 02

CERAPAN HILAL SYAABAN 1445H 03

CERAPAN HILAL SYAABAN 1445H 04

CERAPAN HILAL SYAABAN 1445H 06