Kurator Berita : Darul Quran
14 Februari 2024 – Seramai 27 orang pelajar Syukbah Qiraat Semester Empat telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS). Dengan semangat peribahasa "jauh berjalan luas pemandangan", langkah kaki mereka memberi pengetahuan mendalam mengenai undang-undang keluarga Islam terutama berkenaan isu-isu realiti yang berlaku dalam masyarakat. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai prosedur pembubaran perkahwinan serta kaedah penyelesaian terbaik bagi masalah kekeluargaan mengikut undang-undang keluarga Islam.

Para pelajar disambut dengan mesra oleh Pegawai Unit Komunikasi Korporat, En. Ahmad Hanis bin Ahmad Nafri dan Zairatul Anati binti Miskon setibanya mereka di perkarangan mahkamah. Turut hadir adalah Pegawai Syariah, Tuan Mohd Taufik Naim bin Kamarudin dan Tuan Muhammad Mujahid bin Ahmad. Selain mendengar taklimat, para pelajar turut diberi peluang untuk menyaksikan sesi perbicaraan kes di Mahkamah Rendah Syariah berkaitan mal dan jenayah.

Harapannya, pengalaman yang diperoleh dari lawatan ini dapat meneruskan semangat para pelajar untuk mendalami ilmu, khususnya dalam bidang kehakiman, demi memastikan hukum syariah terus terpelihara dengan sempurna.


Pelajar Syukbah Qiraat Melawat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor 01

Pelajar Syukbah Qiraat Melawat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor 02

Pelajar Syukbah Qiraat Melawat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor 03

Pelajar Syukbah Qiraat Melawat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor 04