Kurator Berita : Darul Quran
15 Februari 2024 - Darul Quran JAKIM telah mengadakan lawatan akademik ke DRB-HICOM University of Automotive (DRBHU) Malaysia, Pekan Pahang. Delegasi Darul Quran yang diketuai oleh Pengarah, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim bersama enam orang pegawai kanan telah disambut oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Azam Musa, Ketua Kanan Institut TVET, En. Hasbullah Md Halimi, Ketua Kanan Operasi dan beberapa pegawai kanan DRBHU.

Lawatan ini merupakan susulan daripada hasil pertemuan antara Naib Cancelor DRBHU dengan Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM. Tujuannya adalah bagi membincangkan peluang kerjasama antara kedua-dua pihak terutamanya dalam bidang pendidikan tahfiz. Beberapa lokasi strategik di kampus universiti telah dikunjungi termasuk fasiliti pembelajaran, perpustakaan, pusat Islam serta kelas-kelas pengajian. 

Harapannya melalui lawatan ini akan terjalin hubungan yang lebih erat serta kerjasama yang lebih mantap antara Darul Quran dan DRBHU dalam usaha melahirkan huffaz profesional di Malaysia. 


Lawatan DQ JAKIM Ke DRB HICOM University Of Automotive Malaysia 01

Lawatan DQ JAKIM Ke DRB HICOM University Of Automotive Malaysia 02

Lawatan DQ JAKIM Ke DRB HICOM University Of Automotive Malaysia 03

Lawatan DQ JAKIM Ke DRB HICOM University Of Automotive Malaysia 04

Lawatan DQ JAKIM Ke DRB HICOM University Of Automotive Malaysia 05

Lawatan DQ JAKIM Ke DRB HICOM University Of Automotive Malaysia 06