Kurator Berita : Darul Quran
11 Februari 2024 – Dalam rangka lawatan ke Malaysia bermula Jumaat; 9 Februari 2024, Persatuan Imam Khatib Bilal Takbai, Narathiwat Thailand telah menjadikan Darul Quran sebagai salah satu destinasi lawatan. Delegasi pelawat berjumlah seramai 17 orang diketuai oleh Haji Ibrahim Wan Nawan selaku Pengetua Persatuan Imam Khatib Bilal Takbai.

Tujuan lawatan mahabbah ini diadakan adalah untuk mempereratkan hubungan antara para imam di Selatan Thailand dengan Darul Quran. Selain itu, lawatan ini juga diadakan bagi mendapatkan info sebagai penanda aras dalam mempelbagaikan aktiviti masjid seperti program-program tahfiz al-Quran setelah balik ke Thailand. Di samping secara tidak langsung dapat meningkatkan semangat para imam untuk menghafaz al-Quran.

Bagi membantu mencapai hasrat pelawat, Darul Quran telah menayangkan video korporat dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam sesi soal jawab. Dalam sesi lawatan ini, pihak Darul Quran turut mengambil kesempatan menawarkan kemasukan ke Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat bagi calon luar negara.

Ibarat peribahasa “sambal menyelam minum air”, lawatan mahabbah ini bukan sahaja dapat mempereratkan hubungan dua hala antara kedua pihak, malah membuka ruang publisiti kepada Darul Quran khususnya bagi kemasukan pelajar luar negara.


Delegasi Persatuan Imam Khatib Bilal Takbai Thailand Teruja Berkunjung Ke DQ 01

Delegasi Persatuan Imam Khatib Bilal Takbai Thailand Teruja Berkunjung Ke DQ 02

Delegasi Persatuan Imam Khatib Bilal Takbai Thailand Teruja Berkunjung Ke DQ 07

Delegasi Persatuan Imam Khatib Bilal Takbai Thailand Teruja Berkunjung Ke DQ 04

Delegasi Persatuan Imam Khatib Bilal Takbai Thailand Teruja Berkunjung Ke DQ 05

Delegasi Persatuan Imam Khatib Bilal Takbai Thailand Teruja Berkunjung Ke DQ 06