Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
KUANTAN, 21-23 FEBRUARI 2024 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah menganjurkan Program R.I.S.E Camp (Remaja Islam Sentiasa Excellent) selama 3 hari 2 malam dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang (JKMNP).

Majlis Penutupan program pada 23/2/2024 (Jumaat) telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Noor Haliza binti Ali (KPP Bahagian KSK JAKIM). Turut hadir sama iaitu YBrs. Tuan Mohd Rasmawi bin Harun (KPP JAIP) dan YBrs. Puan Suryani Mohamad (KPP JKMNP). Seramai 31 orang remaja juvana daripada kategori Perintah Bengkel Interaktif dan Perintah Khidmat Masyarakat telah mengikuti program yang diadakan di bertempat di Pusat Latihan Akademi Azam, Kuantan, Pahang.

Penganjuran R.I.S.E Camp ini amat bertepatan dengan objektif program sebagai salah satu usaha berterusan oleh pihak JAKIM bersama rakan strategik bagi membantu dan membimbing  komuniti juvana agar dapat menjauhkan diri dari terjerumus dalam aktiviti yang merosakkan masa depan mereka dengan mengutamakan pemulihan kerohanian dari aspek akidah, akhlak dan sahsiah.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya Slot Interaktif dan Gamifikasi yang dikendalikan oleh fasilitator terlatih dari Caliph Soul Consultant. Peserta turut didedahkan dengan slot Smart Solat, slot Pengurusan Jenazah dan pelbagai akitiviti luar sepanjang program 3 hari berlangsung.

Semoga program ini memberi manfaat dan kesedaran kepada semua peserta sebagai panduan hidup di masa hadapan tertutamanya berkaitan elemen kerohanian, demi kecemerlangan diri, keluarga dan masyarakat.


KEM PROGRAM R.I.S.E CAMP REMAJA ISLAM SENTIASA EXCELLENT NEGERI PAHANG 01

KEM PROGRAM R.I.S.E CAMP REMAJA ISLAM SENTIASA EXCELLENT NEGERI PAHANG 02

KEM PROGRAM R.I.S.E CAMP REMAJA ISLAM SENTIASA EXCELLENT NEGERI PAHANG 03

KEM PROGRAM R.I.S.E CAMP REMAJA ISLAM SENTIASA EXCELLENT NEGERI PAHANG 04

KEM PROGRAM R.I.S.E CAMP REMAJA ISLAM SENTIASA EXCELLENT NEGERI PAHANG 05