Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
IPOH, 25 FEBRUARI 2024 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Masjid Al-Muttaqin, Sekretariat Ummatic Festival 3.0, dan NGO Du'at Al-Falah, telah mengadakan program Bicara Keluarga bertempat di Dewan Kuliah Masjid Al-Muttaqin, Taman Meru, Ipoh, Perak.

Program ini merupakan salah satu daripada pelbagai program yang telah disusun sepanjang Ummatic  Festival 3.0 Ipoh yang bermula pada 25 Februari 2024 sehingga 10 Mac 2024. Seramai lebih 150 peserta menghadiri program ini, yang terdiri daripada komuniti sekitar Ipoh.

Program dimulakan dengan ceramah bertajuk "Cyberparenting" oleh Puan Yong Bazilah binti Abu Bakar, Kaunselor Keluarga yang berpengalaman. Disusuli forum bertajuk "Lelaki Qawwam, Wanita Qurratu'ain" oleh panel jemputan, Ustazah Isfadiah binti Mohd Dasuki, Pendakwah Selebriti, dan Ustaz Abdul Hadi Bakri Abdullah, Pengerusi Du'at Al-Falah, serta moderator, Ustaz Mohd Nabil Majdi Arip, Du’at Al-Falah Negeri Perak.

Majlis Perasmian Penutup program ini telah disempurnakan oleh YBhg. S.F. Tuan Haji Harith Fadzilah bin Abd Halim, Pengarah JAIPk. Majlis turut dihadiri Ketua Penolong Pengarah Bahagian KSK, YBrs. Puan Noor Haliza binti Ali, dan Tuan Haji Jamaludin bin Haji Mat, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Muttaqin.

Alhamdulillah, maklum balas yang diterima dari para peserta amat positif dan memberangsangkan. Semoga ilmu dan perkongsian yang diperolehi dari program ini dapat memberi panduan kepada para peserta untuk menyemarakkan bi’ah solehah dalam keluarga.


BICARA KELUARGA LELAKI QAWWAM WANITA QURRATUAIN 01

BICARA KELUARGA LELAKI QAWWAM WANITA QURRATUAIN 02

BICARA KELUARGA LELAKI QAWWAM WANITA QURRATUAIN 03

BICARA KELUARGA LELAKI QAWWAM WANITA QURRATUAIN 04

BICARA KELUARGA LELAKI QAWWAM WANITA QURRATUAIN 05

BICARA KELUARGA LELAKI QAWWAM WANITA QURRATUAIN 06

BICARA KELUARGA LELAKI QAWWAM WANITA QURRATUAIN 07