Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

“saya menyeru kepada sahabat-sahabat sekelian dengan mengambil falsafah dan semangat Al-Falah iaitu Bersama Mencapai Kejayaan, kita mampu merealisasikan agenda transformasi, islah atau pembaharuan dan pembangunan diri dan ummah sejajar dengan aspirasi kerajaan membangun Malaysia Madani”.

 YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Naim Hj. Mokhtar


Masjid Al-Umm Bangi: SELANGOR: 29 Februari 2024 (Khamis): Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK),  Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Masjid Al-Umm Bandar Baru Bangi, Selangor telah menganjurkan Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Tahun 2024. 

Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir mengiringi YB Menteri adalah YBhg. Datin Paduka Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff Ketua Pengarah JAKIM dan YBrs. Tuan Khairul Anwar bin Bachok Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK. Turut hadir Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.

Antara objektif penganjuran program ini ialah membimbing, merawat dan memulihkan klien dengan menggunakan pendekatan yang komprehensif (integrasi naql dan aql), membantu transformasi diri (tazkiyyatun nafs) klien dalam memahami tujuan kehidupan, peranan dan  tanggungjawab sebagai khalifah Allah SWT di dunia serta menjadikan institusi masjid sebagai one stop centre atau pusat bimbingan dan pemulihan bagi permasalahan dan gejala sosial.

Seramai kira-kira hampir 300 orang peserta yang terdiri dari klien-klien AADK yang sedang menjalani perintah pemulihan dalam komuniti di bawah pengawasan AADK menghadiri program separuh hari ini. Bersempena dengan penganjuran program ini juga telah diadakan Pelancaran Sahabat Al-Umm iaitu sukarelawan Masjid Al-Umm yang akan memainkan peranan dalam usaha mengimarahkan pelbagai program dan aktiviti berasaskan masjid.

Penganjuran program ini merupakan inisiatif dan komitmen berterusan JAKIM bersama dengan rakan-rakan strategik dalam usaha membantu, menyedia dan memberikan perkhidmatan bimbingan dan pemulihan kepada penyalah guna dan penagih dadah melalui pendekatan berteraskan Islamic Spiritual Approach yang akan dilaksanakan di masjid-masjid.


Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Agensi Antidadah Kebangsaan AADK 01

Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Agensi Antidadah Kebangsaan AADK 02

Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Agensi Antidadah Kebangsaan AADK 03

Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Agensi Antidadah Kebangsaan AADK 04

Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Agensi Antidadah Kebangsaan AADK 05

Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Agensi Antidadah Kebangsaan AADK 06

Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Agensi Antidadah Kebangsaan AADK 07