Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Kuching, Sarawak – 25 hingga 28 Februari 2024 (Ahad - Rabu) bersamaan 15 hingga 18 Sya’aban 1445H, Cawangan Dakwah Bil Hal, Bahagian Dakwah, JAKIM telah  menganjurkan Kursus Training of Trainers (ToT) Program MyInsaniah Siri 1/2024 (Modul Jati Diri dan Modul Citra Malaysia) bertempat di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), Telaga Air, Sarawak. Majlis perasmian Kursus ini disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Pengarah, Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS). Turut hadir bersama, Ustazah Zalina binti Long, KPP Cawangan Dakwah Bil Hal, Bahagian Dakwah JAKIM.

Objektif Kursus TOT ini adalah seperti berikut:

  1. Memperkasakan kefahaman Modul MyInsaniah di kalangan penceramah dan fasilitator supaya dapat menyampaikan modul tersebut dengan baik dan berkesan;
  2. Melahirkan penceramah dan fasilitator yang berkualiti, berketrampilan, berdaya tahan dan menjadi suri tauladan; dan
  3. Melahirkan penceramah dan fasilitator yang mampu menjadi pemimpin kepada peserta program MyInsaniah.

Program ToT ini merangkumi slot ilmu, latihan dalam kumpulan (LDK), riadah bermodul, latihan kuliah singkat serta tausiyyah iman berkaitan modul Jati Diri & Citra Malaysia. Jurulatih sepanjang program adalah merupakan jurulatih kebangsaan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan penceramah adalah dari pegawai JAKIM dan JAIP Pahang.

Para peserta program terdiri daripada pegawai dan kakitangan IKMAS, JAKIM Sarawak, JAKIM Sabah dan Kader JAKIM di Kementerian, Jabatan dan Agensi di Sarawak dan Sabah. Dengan selesainya ToT ini akan memberi peluang kepada peserta kursus ToT yang hadir bagi malaksanakan Program MyInsaniah di Negeri Sarawak dan Sabah kepada para belia.


Kursus Training Of Trainers Penceramah Dan Fasilitator Program Myinsaniah Siri 1 2024 01

Kursus Training Of Trainers Penceramah Dan Fasilitator Program Myinsaniah Siri 1 2024 04

Kursus Training Of Trainers Penceramah Dan Fasilitator Program Myinsaniah Siri 1 2024 05

Kursus Training Of Trainers Penceramah Dan Fasilitator Program Myinsaniah Siri 1 2024 02

Kursus Training Of Trainers Penceramah Dan Fasilitator Program Myinsaniah Siri 1 2024 03

Kursus Training Of Trainers Penceramah Dan Fasilitator Program Myinsaniah Siri 1 2024 06