Kurator Berita : Darul Quran
29 Februari 2024 - Pusat Islam Darul Quran telah mengadakan program penanda aras dengan melaksanakan lawatan ke Murtadha Dakwah Centre (MADAD) semalam dan ke Masjid Al Busyra Merbok hari ini. Delegasi yang dipimpin oleh Pengarah Darul Quran, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim ini turut disertai 17 orang pegawai yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat Islam Darul Quran.

Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan ilmu serta idea baru bagi pemerkasaan tadbir urus pengurusan Pusat Islam Darul Quran sambil memperkukuhkan kemahiran pegawai dalam aspek pengurusan dan pengimarahan masjid. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan aktiviti Pusat Islam Darul Quran agar seiring dengan trend masa kini.

Agenda lawatan penanda aras ini telah diisi dengan sesi taklimat tentang pengurusan dan tadbir urus kedua-dua institusi, diikuti dengan sesi perbincangan serta pertukaran pendapat. Selain sesi taklimat dan perbincangan, pegawai serta jawatankuasa pengurusan Pusat Islam Darul Quran turut dibawa melawat kawasan sekitar bangunan kompleks.

Pusat Islam Darul Quran mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan MADAD serta Masjid Al Busyra atas keramahan dan kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan lawatan penanda aras ini. Diharapkan semua pihak dapat memperoleh manfaat daripada lawatan ini dalam usaha untuk memantapkan lagi tadbir urus khususnya bagi pihak pengurusan Pusat Islam Darul Quran.


Lawatan Penanda Aras Pusat Islam Dq Ke Murtadha Dakwah Centre Serta Masjid Al Busyra 01

Lawatan Penanda Aras Pusat Islam Dq Ke Murtadha Dakwah Centre Serta Masjid Al Busyra 02

Lawatan Penanda Aras Pusat Islam Dq Ke Murtadha Dakwah Centre Serta Masjid Al Busyra 03

Lawatan Penanda Aras Pusat Islam Dq Ke Murtadha Dakwah Centre Serta Masjid Al Busyra 04

Lawatan Penanda Aras Pusat Islam Dq Ke Murtadha Dakwah Centre Serta Masjid Al Busyra 05

Lawatan Penanda Aras Pusat Islam Dq Ke Murtadha Dakwah Centre Serta Masjid Al Busyra 06

Lawatan Penanda Aras Pusat Islam Dq Ke Murtadha Dakwah Centre Serta Masjid Al Busyra 07


Lawatan Penanda Aras Pusat Islam Dq Ke Murtadha Dakwah Centre Serta Masjid Al Busyra 09

Lawatan Penanda Aras Pusat Islam Dq Ke Murtadha Dakwah Centre Serta Masjid Al Busyra 10

Lawatan Penanda Aras Pusat Islam Dq Ke Murtadha Dakwah Centre Serta Masjid Al Busyra 08