Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

Bengkel Pengujian Penerimaan Pengguna (Uat) Modul Nikah, Cerai Dan Rujuk (Ncr) Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (Sppim) 2.0 Siri 2

KUALA LUMPUR, 4-6 MAC 2024 – Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) merupakan sistem yang disediakan berasaskan proses kerja berkaitan pengurusan nikah, cerai dan rujuk untuk kegunaan semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) khususnya Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Malaysia secara lebih efisien dan teratur. Sehingga hari ini 9 negeri telah menggunakan SPPIM iaitu Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu. Impak positif yang terhasil daripada pembangunan sistem ini ialah, pendaftaran perkahwinan, cerai dan rujuk dapat dilakukan secara atas talian secara lebih cekap dan pantas.

Sejak 2021, projek tranformasi 2.0 telah dijalankan bagi memberi nafas baru yang lebih berkualiti dalam sistem penyampaian perhidmatan secara menyeluruh kepada masyarakat. Ia sekaligus meningkatkan perkhidmatan pengurusan ehwal Islam selari dengan perkembangan teknologi semasa.
Bagi SPPIM 2.0, antara modul baru yang dibangunkan bagi pengurusan nikah, cerai dan rujuk (NCR) adalah permohonan pendaftaran nikah luar negara, pendaftaran cerai dan rujuk yang telah mendapat pengesahan Mahkamah Syariah, Pradaftar nikah bagi semua imam jurunikah, permohonan pendaftaran sukarela dan muallaf, permohonan kad nikah serta Notice of Backlog Completion (NBC). Tidak ketinggalan bayaran secara dalam talian bagi semua modul. Selain itu, bagi memastikan sistem ini sebaris dengan sistem-sistem yang lain, modul aplikasi mudah alih yang dinamakan sebagai MySPPIM turut disediakan.
 
Selaras dengan pembangunan modul-modul baru SPPIM 2.0, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti (KSK) telah mengadakan Bengkel Pengujian Penerimaan Pengguna (UAT) Modul Nikah, Cerai dan Rujuk Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) 2.0 pada 4 hingga 6 Mac 2024 di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur. Bengkel ini bertujuan untuk menguji fungsi modul yang dibangunkan dan penambahbaikan yang telah dibuat.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian KSK dan telah dihadiri oleh wakil-wakil dari semua negeri yang menggunakan SPPIM. Turut bersama dalam bengkel ini ialah Puan Hazizah binti Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Kanan Caw. Pembangunan Keluarga Bahagian KSK dan pihak Data Speaks Sdn Bhd selaku penyedia sistem ini.
YBrs. Pengarah Bahagian KSK dalam ucapannya menekankan bahawa adalah menjadi keutamaan semua untuk memastikan projek ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan dan sekaligus dapat meningkatkan tahap kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada masyarakat selari dengan perkembangan teknologi semasa pada masa kini.


Projek Transformasi Sppim 2 Kearah Peningkatan Perkhidmatan Yang Lebih Efisien 01

Projek Transformasi Sppim 2 Kearah Peningkatan Perkhidmatan Yang Lebih Efisien 02

Projek Transformasi Sppim 2 Kearah Peningkatan Perkhidmatan Yang Lebih Efisien 03

Projek Transformasi Sppim 2 Kearah Peningkatan Perkhidmatan Yang Lebih Efisien 04

Projek Transformasi Sppim 2 Kearah Peningkatan Perkhidmatan Yang Lebih Efisien 05

Projek Transformasi Sppim 2 Kearah Peningkatan Perkhidmatan Yang Lebih Efisien 06

Projek Transformasi Sppim 2 Kearah Peningkatan Perkhidmatan Yang Lebih Efisien 07

Projek Transformasi Sppim 2 Kearah Peningkatan Perkhidmatan Yang Lebih Efisien 08