Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
Kuala Lumpur, 29 Februari – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Seminar Pengukuhan Nilai dari Persepektif Maqasid Syariah  bertempat di Dewan Utama International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC-IIUM). Seminar ini merupakan kesinambungan daripada program Persidangan Eksekutif Minda Maqasid yang telah diadakan pada 24 Julai 2023 yang lalu bersama pelopor teori Maqasid Syariah yang terkemuka iaitu Prof. Jasser Auda. Seminar ini merupakan salah satu program yang dirancang ke arah pengukuhan dasar-dasar negara melalui Inisiatif Pembangunan Nilai-MADANI di bawah Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia MADANI (Al-Falah) 2023-2027.

Seminar ini telah dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli bin Abdul Razak, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Dr. AbdelAziz Berghout, Dekan ISTAC-IIUM dan Dr. Ahmad Badri bin Abdullah, Presiden Maqasid Institut Malaysia selaku rakan strategik yang bekerjasama bagi menjayakan program ini.

Seminar ini diadakan dengan kerjasama ISTAC-IIUM dan Maqasid Institut Malaysia yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada pembuat dasar khususnya di Kementerian dan Agensi serta seluruh masyarakat umumnya mengenai kefahaman dan kepentingan aplikasi Maqasid Syariah dalam penggubalan dasar. Seminar ini dimulai dengan slot pembentangan pada sesi pagi oleh pakar-pakar bidang mengenai aplikasi dan parameter Maqasid Syariah dalam konteks semasa seperti Dr. Ahmad Wifaq bin Mokhtar, Dr. Mohamed El-Tahir El-Mesawi dan Prof. Dr. Sharifah Hayaati binti Syed Ismail. Seminar ini turut disusuli dengan slot forum bertajuk Peranan Pembuat Dasar dalam Mencapai Tadbir Urus Baik Ke Arah Malaysia MADANI dengan menampilkan tiga ahli panel iaitu YBhg. Datuk Dr. Aneese bin Ibrahim, YBhg. Datuk Prof. Dr. AbdelAziz Berghout dan YBrs. Tuan Haji Amidi bin Dato’ Abdul Manan.

Manakala, pada sesi petang, sidang pleno telah disampaikan oleh panel jemputan, Prof. Jasser Auda yang merupakan pengasas dan Presiden Maqasid Institute Global, berpusat di Toronto, Kanada yang bertajuk Promoting Maqasid Methodology as a New Approach Towards Sustainability of Policymaking. Di samping itu, dalam merealisasikan Inisiatif Pembangunan Nilai-MADANI, JAKIM telah memperkenalkan dan membuat pelancaran awal (soft launch) e-book Modul Minda Maqasid yang merupakan salah satu  program di bawah teras Pengukuhah Dasar-Dasar Negara. Pelancaran awal ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Seramai 170 orang peserta dari pelbagai latar belakang termasuk pembuat dasar dari pelbagai kementerian, agensi, Institut Pengajian Tinggi Awam dan pegawai-pegawai Government Link Company (GLC) telah menghadiri program ini. Ia juga telah disiar dan dirakamkan di laman rasmi Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk tontonan secara maya di https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia.


Seminar Pengukuhan Nilai Dari Perspektif Maqasid Syariah Ke Arah Kemampanan Tadbir Urus Baik 08

Seminar Pengukuhan Nilai Dari Perspektif Maqasid Syariah Ke Arah Kemampanan Tadbir Urus Baik 06

Seminar Pengukuhan Nilai Dari Perspektif Maqasid Syariah Ke Arah Kemampanan Tadbir Urus Baik 04

Seminar Pengukuhan Nilai Dari Perspektif Maqasid Syariah Ke Arah Kemampanan Tadbir Urus Baik 07

Seminar Pengukuhan Nilai Dari Perspektif Maqasid Syariah Ke Arah Kemampanan Tadbir Urus Baik 05

Seminar Pengukuhan Nilai Dari Perspektif Maqasid Syariah Ke Arah Kemampanan Tadbir Urus Baik 03

Seminar Pengukuhan Nilai Dari Perspektif Maqasid Syariah Ke Arah Kemampanan Tadbir Urus Baik 01

Seminar Pengukuhan Nilai Dari Perspektif Maqasid Syariah Ke Arah Kemampanan Tadbir Urus Baik 02