Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
Pekan – 6 - 7 Mac 2024. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah menganjurkan Diskusi Intelektual Undang-Undang Jenayah Syariah 2024 bertempat di DRB - HICOM University of Automotive Malaysia, Pekan Pahang.

Dengan fokus  perbincangan terhadap kes-kes ajaran sesat, diskusi ini telah dihadiri seramai 40 orang peserta dari kalangan Pendakwa Syarie dari Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Pahang, Hakim - Hakim Mahkamah Syariah Negeri Pahang, Penguat kuasa Agama dan pegawai bahagian penyelidikan daripada Jabatan Agama Islam Pahang. Pihak pengajur telah mengundang Yang Arif Dato’ Haji Muhammad Azhari bin Abd Rahman (Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan) sebagai pembentang telah mengupas pengendalian kes-kes  akidah dan ajaran sesat berdasarkan Undang – Undang Keterangan Jenayah Syariah. 
                    
Yang Berusaha Tuan Ahmad Husaini bin Mustafa, Pengarah Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah JAKIM  telah menyampaikan ucaptama pada diskusi tersebut. Yang Berusaha Tuan Ahmad Husaini bin Mustafa dalam ucaptama beliau, berharap agar penganjuran program seumpama ini perlu dimanfaatkan agar dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran pegawai – pegawai di agensi terlibat  tentang kes–kes kesalahan jenayah syariah melalui penguasaan  Undang–Undang Keterangan Jenayah Syariah. Beliau turut menekankan bahawa memartabatkan  undang – undang syariah di negara ini merupakan agenda penting dalam mendepani senario semasa. Oleh itu penjawat awam yang memikul amanah ini perlu menggariskan hala tuju strategik kepada pelaksanaan agenda tersebut.

Diskusi yang berlangsung selama dua (2) hari ini, diakhiri dengan sesi perbincangan di kalangan peserta tentang kes – kes lain kesalahan syariah dan perkembangan semasa yang melibatkan perundangan syariah di negara ini.

DISKUSI INTELEKTUAL UNDANG UNDANG JENAYAH SYARIAH 01

DISKUSI INTELEKTUAL UNDANG UNDANG JENAYAH SYARIAH 02

DISKUSI INTELEKTUAL UNDANG UNDANG JENAYAH SYARIAH 03

DISKUSI INTELEKTUAL UNDANG UNDANG JENAYAH SYARIAH 04