Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
PUTRAJAYA, 7 MAC 2024 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)  melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti turut bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam menganjurkan Seminar Keluarga Madani. Seminar ini telah diadakan di Auditorium JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya pada 7 Mac 2024 bersamaan 26 Syaaban 1445H.

Seramai hampir 500 orang peserta dari kalangan penjawat awam, badan berkanun, NGO, ahli PUSPANITA agensi JPM (Hal Ehwal Agama) dan sebagainya telah hadir menjayakan seminar pada kali ini. Seminar ini juga adalah bersempena sambutan hari Wanita Antarabangsa yang disambut pada 8 Mac 2024 dan sambutan Jubli Emas 50 Tahun JAWI.
Seminar dimulakan dengan forum bertajuk “From Home To Jannah” yang disampaikan oleh 2 orang panel undangan iaitu Profesor Dato’ Dr. Fariza binti Md Sham, Pengarah Institut Islam Hadhari, UKM dan Ustaz Muhammad Syaari bin Ab Rahman, Jurulatih Utama Tadabbur Centre dengan dipimpin oleh moderator, Ustaz Ahmad Fathi bin Muhammad, Imam Masjid Bilal bin Rabah, Kuala Lumpur.

YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menyampaikan Ucaptama "Keluarga Madani Asas Kesejahteraan Ummah”, seterusnya merasmikan program tersebut. Dalam ucaptama, YB Senator telah menyampaikan tentang konsep keluarga madani yang berteraskan kepada 3 prinsip utama iaitu Sakinah (ketenangan), Mawaddah (kasih sayang) dan Rahmah (belas kasihan). Beliau turut menyentuh mengenai peranan serta perkhidmatan yang disediakan oleh JAKIM dan JAWI dalam  menangani isu-isu berkaitan kekeluargaan.

Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin Bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM, YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib Bin Ismail, Pengarah JAWI, YBrs. Tuan Ameer Ali bin Vali Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) serta wakil-wakil ketua agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.


Seminar Keluarga Madani 01

Seminar Keluarga Madani 02

Seminar Keluarga Madani 03

Seminar Keluarga Madani 04

Seminar Keluarga Madani 05

Seminar Keluarga Madani 06

Seminar Keluarga Madani 07

Seminar Keluarga Madani 08

Seminar Keluarga Madani 09