Kurator Berita : Darul Quran
5 Mac 2023 – Seiring dengan tanggungjawab Darul Quran JAKIM dalam mencapai keberhasilan pendidikan Islam yang mampan, inklusif serta holistik sejajar dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Darul Quran telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Majlis yang berlangsung di Bilik VIP Masjid Wilayah Persekutuan ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar.

Dalam majlis tersebut, Ketua Pengarah JAKIM, Datin Paduka Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff telah menandatangani dokumen kerjasama bagi pihak JAKIM. Manakala Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTeM, Profesor Dr. Zulkifilie bin Ibrahim dan Profesor Dato' Ts. Dr. Mohd Zamri bin Yusoff yang menjalankan tugas Naib Canselor UNITEN telah turut menandatangani dokumen kerjasama bagi pihak institusi masing-masing. Majlis menandatangani memorandum kerjasama ini turut disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Majlis ini adalah lanjutan daripada perjanjian sebelumnya antara JAKIM dan UTeM serta JAKIM dan UNITEN yang tempohnya telah tamat. Kerjasama antara JAKIM dan UTeM telah bermula sejak tahun 2017 lagi, manakala dengan UNITEN pula telah bermula sejak tahun 2013.

Kerjasama JAKIM khususnya Darul Quran dalam menjalankan kolaborasi akademik bersama institusi-institusi pengajian tinggi merupakan suatu langkah strategik dalam mewujudkan model pendidikan tahfiz peringkat pengajian tinggi yang cemerlang. Keberhasilan program ini diharapkan dapat memberikan sumbangan yang signifikan terhadap pencapaian objektif Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia Madani (Al-Falah) 2023–2027. Dalam sidang media selepas majlis, YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im berkata: "Syabas dan tahniah kepada Darul Quran JAKIM kerana telah menjadi model contoh yang baik dalam pendidikan tahfiz di Malaysia, khususnya yang bersifat arus perdana."


Dq Sambung Kerjasama Dengan Utem Dan Uniten Lahirkan Huffaz Profesional 01

Dq Sambung Kerjasama Dengan Utem Dan Uniten Lahirkan Huffaz Profesional 02

Dq Sambung Kerjasama Dengan Utem Dan Uniten Lahirkan Huffaz Profesional 03

Dq Sambung Kerjasama Dengan Utem Dan Uniten Lahirkan Huffaz Profesional 03A

Dq Sambung Kerjasama Dengan Utem Dan Uniten Lahirkan Huffaz Profesional 04

Dq Sambung Kerjasama Dengan Utem Dan Uniten Lahirkan Huffaz Profesional 05

Dq Sambung Kerjasama Dengan Utem Dan Uniten Lahirkan Huffaz Profesional 06

Dq Sambung Kerjasama Dengan Utem Dan Uniten Lahirkan Huffaz Profesional 07

Dq Sambung Kerjasama Dengan Utem Dan Uniten Lahirkan Huffaz Profesional 08