Kurator Berita : Darul Quran
2 Mac 2024 - Seramai 205 orang pelajar Program Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat Darul Quran JAKIM telah diraikan dalam Majlis Khatam Hafazan hari ini. Kesemua pelajar ini telah berjaya mengkhatamkan hafazan al-Quran 30 juzuk dalam tempoh enam semester atau tiga tahun. Dalam majlis yang penuh bersejarah ini, turut diraikan 22 orang pensyarah tasmi' bagi menggambarkan komitmen mereka dalam memberikan bimbingan kepada para pelajar.

Upacara khatam dimulakan dengan alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dari Surah al-Dhuha hingga Surah al-Nas oleh pelajar banin (lelaki) dengan dipimpin oleh Ustaz Mohd Fazli bin Ibrahim, Ustaz Mohd Anuar bin Baharudin dan Ustaz Wan Mohd Noor bin Wan Ali. Seterusnya ucapan wakil pelajar dan perasmi sejurus selesai bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Perasmian Majlis Khatam Hafazan hari ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datin Paduka Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff.

Agenda selanjutnya penyampaian sijil khatam dan anugerah kecemerlangan kepada para pelajar yang terpilih. Anugerah-anugerah yang telah disampaikan ialah Anugerah Pensyarah Tasmi’ dan Pensyarah Tasmi’ Jemputan Cemerlang, Anugerah Penulisan Al-Quran Terbaik, Anugerah Khas, Anugerah Syahadah, Anugerah Hafazan Bersanad dan Anugerah Pelajar Tasmi’ Cemerlang.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar, pensyarah dan urus setia yang terlibat menjayakan majlis ini. 


205 Pelajar Dirai Dalam Majlis Khatam Hafazan Al Quran Program Diploma Darul Quran 01

205 Pelajar Dirai Dalam Majlis Khatam Hafazan Al Quran Program Diploma Darul Quran 02

205 Pelajar Dirai Dalam Majlis Khatam Hafazan Al Quran Program Diploma Darul Quran 03

205 Pelajar Dirai Dalam Majlis Khatam Hafazan Al Quran Program Diploma Darul Quran 09

205 Pelajar Dirai Dalam Majlis Khatam Hafazan Al Quran Program Diploma Darul Quran 04

205 Pelajar Dirai Dalam Majlis Khatam Hafazan Al Quran Program Diploma Darul Quran 05

205 Pelajar Dirai Dalam Majlis Khatam Hafazan Al Quran Program Diploma Darul Quran 06

205 Pelajar Dirai Dalam Majlis Khatam Hafazan Al Quran Program Diploma Darul Quran 07

205 Pelajar Dirai Dalam Majlis Khatam Hafazan Al Quran Program Diploma Darul Quran 08