LATAR BELAKANG

Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti diwujudkan hasil gabungan Cawangan Pembangunan keluarga, Cawangan Pembangunan Sosial dan Komuniti yang telah diluluskan perjawatannya melalui penstrukturan semula JAKIM melalui Waran Perjawatan Bil. A 102 tahun 2009. Penggunaan nama Bahagian KSK mula berkuatkuasa pada Disember 2010.

Dahulunya Cawangan Pembangunan keluarga dan Cawangan Pembangunan Sosial berada di bawah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid (KESUMA). Bahagian KESUMA telah ditubuhkan pada 1 Jun 1999. Penwujudan KESUMA berikutan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Gejala Sosial yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 26 Februari 1998. Mesyuarat ini memutuskan bahawa satu jawatankuasa khusus yang berperanan menangani gejala sosial yang melanda umat Islam dan ditubuhkan dengan nama Pasukan Petugas Khas Agama Bagi Menangani Gejala Sosial. Ekoran dari itu, Bahagian KESUMA diwujudkan bagi mengendalikan pelaksanaan program menangani gejala sosial di peringkat jabatan.

Kesinambungan peranan ini diteruskan dengan memberi peranan kepada Bahagian KSK untuk menangani gejala sosial umat Islam dan juga meneruskan agenda menyelaras pengurusan Nikah, Cerai Dan Rujuk serta isu kekeluargaan di negara ini.