Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam

13 Februari 2018 ( Selasa ) –Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN) telah mengadakan Multaqa Murabbi Ummah Negeri Kelantan 2018 bertempat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan. Penyertaan terdiri daripada para imam, bilal dan siak, guru takmir dan wakil guru KAFA Negeri Kelantan yang dianggarkan seramai 2,000 orang.

Dalam program tersebut, para peserta telah mengikuti sesi ceramah yang menarik yang disampaikan oleh YM Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali daripada Institut Kajian Strategik Malaysia (IKSIM) dengan tajuk “ Daulatkan Islam Agama Negara”.

Sejurus ketibaan YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Hj. Dusuki Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada jam 10.30 pagi, Timbalan Yang diPertua MAIK, YABrs. Dr. Haji Nik Mohd Azlan bin Abd Hadi telah menyampaikan Ucapan Aluan bagi pihak Kerajaan Negeri.

Seterusnya sesi dialog YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Hj. Dusuki bersama para imam, bilal dan siak, guru takmir dan wakil guru KAFA bermula pada jam 10.40 pagi. Dalam sesi dialog tersebut, antara lain beliau menekankan tentang kepentingan masjid sebagai pusat penyatuan Islam dan melibatkan seluruh komponen masjid seperti imam, bilal, siak dan guru takmir.

Tepat jam 12.15 tengah hari, Majlis Penyampaian Bayaran Khas One Off secara tunai sebanyak RM1000.00 seorang bermula yang melibatkan seramai 2,000 orang penerima yang terdiri daripada para imam, bilal, siak dan guru takmir. Saluran pertama diketuai oleh YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Hj. Dusuki , manakala 4 saluran lain diketuai oleh YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim (TKP(D) Jakim), YBhg. Encik Masri bin Razali (TKP(P) Jakim), YaBrs. Dr. Hj. Nik Mohd Azlan bin Abd Hadi (Timbalan Yang di-Pertua, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)) dan Tuan Hj. Murtadha bin Hj. Abdullah (Ketua Pegawai Agama, MAIK). Majlis berakhir pada jam 1.15 petang dengan sesi sidang media berlangsung.

 

MMU Kelantan 2018 1

MMU Kelantan 2018 2

MMU Kelantan 2018 3

MMU Kelantan 2018 4