Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan

Putrajaya, 15 Oktober 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Menangani Ancaman Akidah Peringkat Kebangsaan (JAKMA) Bil. 01/2026 telah berlangsung pada hari ini di Bilik Mesyuarat Utama, Dewan Syura A, JAKIM dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, YBrs. Tuan Muhyidin bin Aziz@Saari.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh wakil Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) seluruh Malaysia serta rakan strategik daripada agensi Persekutuan, antaranya Majlis Keselamatan Negara (MKN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan dan lain-lain.

Antara pengisian mesyuarat adalah pembentangan perkongsian oleh JAIS, SKMM dan Jabatan Penjara Malaysia. Mesyuarat juga menerima laporan status terkini ancaman akidah oleh wakil negeri. Mesyuarat ini menjadi platform penting bagi memperkukuh kerjasama dan perkongsian maklumat antara agensi dalam memelihara akidah umat Islam secara bersepadu.

 

 

 

 

 

Disediakan oleh:

Bahagian Penyelidikan

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia