Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

02 April 2018, Istanbul, Turkey - Malaysia telah menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengarah SMIIC (16th Board of Directors Meeting) buat kali pertama setelah terpilih menduduki kerusi Board of Directors dalam pemilihan yang dibuat dalam SMIIC General Assembly pada November 2017.

Malaysia telah diwakili oleh YBhg. Datuk Fadilah Baharin, Ketua Pengarah Jabatan Standards Malaysia dan Encik Mohd Asri bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Hab Halal, JAKIM.

Mesyuarat kali ini bertujuan melantik Pengerusi dan 3 Timbalan Pengerusi SMIIC untuk 2018-2020, mengesahkan laporan aktiviti dan kewangan 2017 serta perancangan 2018-2019.

GAMBAR SMIIC 1 02042018

GAMBAR SMIIC 2 02042018

GAMBAR SMIIC 3 02042018