Kurator Berita : Bahagian Pengurusan Halal

CANBERRA, Australia 19 Disember 2018 - Pejabat Atase Halal Australia menerima kunjungan daripada Zajas Sdn Bhd, syarikat penyedia perkhidmatan dan konsultasi berkaitan pensijilan halal dan rakan perniagaannya di Australia.

Kunjungan tersebut diketuai oleh YBhg. Datuk Hj Zainal Abidin bin Jaafar, Pengerusi Zajas. Beliau disertai oleh En Mohd Adham Zainal Abidin selaku Pengurus Besar Zajas serta En. Muhammad Wasif Mirza dan En. Edin Kasumovic dari World Halal Certification Body (WHCB).

Prosedur permohonan pengiktirafan badan pensijilan halal dan training on halal technical capacity building adalah antara agenda perbincangan di dalam kunjungan tersebut.

Minat yang tinggi daripada pemain industri halal dunia terhadap Pensijilan Halal Malaysia bukan sahaja menunjukkan pengiktirafan tinggi dunia terhadap Pensijilan Halal Malaysia yang diterajui oleh JAKIM dan JAIN, malah ia membuktikan betapa elemen halalan toyyiban yang dijaja dalam pensijilan semakin diterima masyarakat dunia.

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

#HalalMalaysiaHaveFaith

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

#Rahmatanlilalamin

BERITA CANBERRA 1 19122018

BERITA CANBERRA 2 19122018