Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Program Lawatan Orang Asli Daerah Hulu Selangor ke Jakim, Putrajaya telah diadakan dengan jayanya pada 1 April 2016 di Aras 7, Bahagian Dakwah Jakim. Program tersebut telah dilaksanakan secara bersama dengan Unit Muallaf Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor.
 
Program ini telah disertai dari 3 buah Kampung Orang Asli di Negeri Selangor dan seramai 50 orang yang terdiri daripada suku kaum Temuan dan Semai. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Zaidi bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah Jakim. Hadir bersama pada program tersebut adalah Eksekutif Unit Pembangunan Ummah (MAIS), Ustazah Saloni binti Abdullah dan Eksekutif Unit Muallaf Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor, Ustaz Jamil bin Marsidi.
 
Objektif program adalah untuk meningkatkan hubungan silaturrahim sesama peserta dengan agensi kerajaan dan meningkatkan tahap penghayatan Islam. Program ini turut memberi peluang kepada Masyarakat Orang Asli melawat tempat-tempat menarik, seperti Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin dan Muzium Sejarah Melaka, serta membuat latihan amali mengerjakan solat jama’ dan qasar secara langsung.
 
Selain itu, program ini bertujuan memperlihatkan keindahan Islam yang sebenar kepada penduduk setempat, menanam rasa cinta dan kasih para peserta terhadap baginda Rasulullah SAW dengan meneruskan perjuangan dan dakwah baginda serta memperkenalkan dan mendedahkan manhaj dakwah mereka.
 
Semoga penganjuran program seperti ini dapat memberi faedah dan kebaikan kepada Masyarakat Orang Asli dalam meningkatkan pengetahuan Islam serta pengalaman untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.
 
Program Lawatan Orang Asli Hulu Selangor 1
 
Program Lawatan Orang Asli Hulu Selangor 2
 
Program Lawatan Orang Asli Hulu Selangor 3
 
Program Lawatan Orang Asli Hulu Selangor 4
 
Program Lawatan Orang Asli Hulu Selangor 5
 
Program Lawatan Orang Asli Hulu Selangor 6