Kurator Berita : Bahagian Dakwah
26 hingga 27 Jun 2019- Bahagian Dakwah JAKIM telah mengadakan Bengkel Dakwah Digital yang bertepat di Dewan Jamuan B, aras 2, Kompleks Islam Putrajaya. Bengkel ini telah dihadiri seramai 45 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JAKIM, Pegawai Kader di Kementerian dan Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA). Perasmian penutup bengkel telah disempurnakan oleh Ustaz Kharunna’im Bin Ramli Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM.

Bengkel ini adalah siri yang kedua selepas bengkel pertama yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 -13 Mac 2019. Keutamaan bengkel ini diadakan adalah bagi meningkatkan kemahiran mengaplikasikan dakwah digital melalui peralatan mudah alih.di samping penerapan nilai Islam dalam pengunaan aplikasi media sosial. Selain itu bengkel ini juga menjadi flatform pendedahan kepada peserta trend penggunaan media baharu sebagai medium komunikasi masyarakat khususnya generasi muda. Lambakan dan kepelbagaian kaedah yang telah dilakukan bertujuan mengeksploitasi atas tujuan-tujuan yang tertentu bahkan sehingga satu tahap boleh mengelirukan masyarakat dengan aktiviti pemikiran-pemikiran yang bertentangan dengan syariat dan dasar Negara.

Justeru satu tindakan secara bersama haruslah diambil bagi tujuan mendidik masyarakat agar menjaga keselamatan diri dan keluarga sepertimana yang ditetapkan melalui maqasid syariah (Penjagaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta).

JAKIM sebagai Agensi Pusat yang menguruskan Hal Ehwal Islam di peringkat Persekutuan mengambil manfaat ini dalam usaha memastikan pengunaan media sosial dan pengaliran maklumat yang telus, berhemah, berdakwah dan memberi impak yang positif kepada sektor awam.
 
Jelajah Bengkel Dakwah Digital Siri 2 2019 1
 
Jelajah Bengkel Dakwah Digital Siri 2 2019 2
 
Jelajah Bengkel Dakwah Digital Siri 2 2019 3
 
Jelajah Bengkel Dakwah Digital Siri 2 2019 4
 
Jelajah Bengkel Dakwah Digital Siri 2 2019 5