Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Serdang, Selangor,1 Mei 2021 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Dakwah telah bekerjasama dengan Pusat Islam Universiti, Universiti Putra Malaysia bagi penganjuran program “Al-Qawiyyul Amin : Al-Quran Penyuluh Kehidupan” bertempat di Masjid Universiti Putra Malaysia.
 
Objektif yang digariskan bagi penganjuran program ini adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, melalui program ini diharap dapat melahirkan pelajar yang dapat menghayati dan membudayakan al-Quran dalam kehidupan harian untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.
 
Program bermula dengan rakaman Takbir Raya mahasiswa UPM seramai 12 orang dalam kalangan Majlis Perwakilan Pelajar dan Persatuan Mahasiswa Islam. Program diteruskan dengan Forum Bicara Quran yang membawakan tajuk “Al-Qawiyyul Amin : Al-Quran Penyuluh Kehidupan”. Forum ini diterajui oleh Ustaz Mohd Hariri bin Mohd Daud dan dua orang panel jemputan iaitu Profesor Madya Dr. Sukki bin Othman, Pensyarah Kanan, Universiti Putra Malaysia dan Ustaz Mohamad Zarifi bin Mohamad Daud, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Majlis Tadarus Quran telah dibimbing oleh 8 orang pelajar darul Quran bagi kumpulan tadarus mahasiswa dan 7 orang dari kalangan kakitangan wanita JAKIM yang membimbing kumpulan tadarus wanita. Majlis Khatam Quran telah di ketua oleh En. Zainul Luqman bin Zainul Ikhwan dari Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat, Universiti Putra Malaysia
 
Program ini telah disempurnakan perasmian penutupan program oleh YBrs. Professor Madya Dr. Amini Amir bin Abdullah, Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej Kediaman, Universiti Putra Malaysia. Keseluruhan mahasiswa yang terlibat dalam program ini seramai 100 orang.
 
Al Qawiyyul Amin Al Quran Penyuluh Kehidupan 1
 
Al Qawiyyul Amin Al Quran Penyuluh Kehidupan 2
 
Al Qawiyyul Amin Al Quran Penyuluh Kehidupan 3
 
Al Qawiyyul Amin Al Quran Penyuluh Kehidupan 4
 
Al Qawiyyul Amin Al Quran Penyuluh Kehidupan 5
 
Al Qawiyyul Amin Al Quran Penyuluh Kehidupan 6
 
Al Qawiyyul Amin Al Quran Penyuluh Kehidupan 7
 
Al Qawiyyul Amin Al Quran Penyuluh Kehidupan 8