Kurator Berita : Unit Integriti
Putrajaya, 3 Mei 2021- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) JAKIM 2021- 2025 yang disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Pelan Antirasuah Organsiasi (OACP) JAKIM ini merupakan satu komitmen jabatan untuk mendukung aspirasi dan hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan governans, integriti dan antirasuah dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan selaras dengan dasar yang dinyatakan dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP 2019-2023). Perancangan inisiatif dan pelan tindakan bagi tempoh lima tahun (2021-2025) yang digariskan dalam Pelan OACP JAKIM ini menggunakan pendekatan Maqasid Syariah.

Turut sama menyaksikan Majlis tersebut ialah YBhg. Datuk Abdul Aziz bin Jusoh, Ketua Pengarah JAKIM dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), YBhg. Datuk Seri Azam bin Baki.
 
Pelancaran Pelan Antirasuah JAKIM 1
 
Pelancaran Pelan Antirasuah JAKIM 2
 
Pelancaran Pelan Antirasuah JAKIM 3
 
Pelancaran Pelan Antirasuah JAKIM 4