Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
YB Menteri Santuni Kader PHEI JAKIM
Dalam Majlis Perasmian Konvensyen Dan Majlis Pelancaran Manual Kader PHEI JAKIM Penempatan Di Kementerian/ Jabatan/ Agensi Persekutuan
16 Julai 2021/6 Zulhijjah 1442H

YB Menteri Santuni Kader PHEI JAKIM 1

PUTRAJAYA 16 Julai 2021 (Jumaat), JAKIM melalui Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI) telah menganjurkan Konvensyen Kader dan Majlis Pelancaran Manual Skim Perkhidmatan Hal Ehwal Islam (PHEI) JAKIM menerusi video conference dan live streaming FB JAKIM yang dihadiri oleh 237 Pegawai Kader PHEI JAKIM daripada 27 Kementerian dan 25 Jabatan dan Agensi Persekutuan daripada seluruh Negara. Konvensyen ini bertujuan untuk memperkasakan perkhidmatan Kader PHEI JAKIM Penempatan di Kementerian/ Jabatan dan Agensi Persekutuan.

YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam ucapan perasmiannya semasa melancarkan Manual tersebut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kader JAKIM di semua peringkat yang telah berjaya melaksanakan tugas dengan amanah dan cemerlang terutamanya ketika Negara sedang melalui fasa-fasa pemulihan dalam memerangi Covid-19. Beliau menyarankan agar pelaksanaan program-program dan aktiviti kader di Kementerian, Jabatan dan Agensi Persekutuan ditingkatkan melalui penglibatan dan usaha bersama yang disinergikan secara optimum dengan menggunakan kemudahan yang ada di Ibu Pejabat JAKIM khususnya dan agensi-agensi di bawah Kementerianya di samping bekerjasama dengan agensi agama di bawah negeri-negeri.

Sementera itu, YBhg. Datuk Abdul Aziz Bin Jusoh, Ketua Pengarah JAKIM dalam sesi interaksi bersama Kader, turut berkongsi pengalaman dalam perkhidmatan kader di luar Ibu Pejabat di samping bertanya khabar berita dan mendengar beberapa pandangan berhubung usaha-usaha ke arah pemerkasaan Pegawai Kader PHEI JAKIM. Turut serta dalam program ini ialah YBrs. Puan Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah Dasar, YBrs. Dr. Muhammad Yamin bin Ismail, Pengarah Kanan, BDKI, Tuan Haji Husairy Bin Sapiei, Pengarah BPSM, Puan Nor Safina Binti Zainal, Pengarah Bahagian Maqasid Syariah dan pegawai-pegawai kanan daripada Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi serta Bahagian Dakwah turut bersama dalam Konvensyen pada kali ini.

Sebelum itu, Manual Skim Perkhidmatan PHEI JAKIM ini telah dibentangkan kepada para peserta konvensyen. Manual ini bertujuan sebagai panduan dan rujukan yang jelas dalam kalangan Pegawai Kader JAKIM, pihak agensi penempatan (penyelia) di Kementerian/ Jabatan/ Agensi Persekutuan yang mempunya perlbagai fungsi dan berbeza skim perkhidmatan serta pihak-pihak lain yang berkaitan. Selain itu, penerbitan manual ini merupakan satu usaha untuk menyeragamkan bidang tugas utama perkhidmatan Pegawai Kader PHEI JAKIM berdasarkan fungsi utama Skim PHEI JAKIM agar Kader PHEI JAKIM dapat memberikan perkhidnmatan yang lebih cekap, berkesan dan cemerlang. Semoga dengan penerbitan Manual ini dapat mengukuhkan lagi peranan JAKIM sebagai sebuah agensi agama di peringkat persekutuan serta menonjolkan imej JAKIM sebagai peneraju transformasi pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia.

YB Menteri Santuni Kader PHEI JAKIM 10

YB Menteri Santuni Kader PHEI JAKIM 6

YB Menteri Santuni Kader PHEI JAKIM 7

YB Menteri Santuni Kader PHEI JAKIM 8

YB Menteri Santuni Kader PHEI JAKIM 9