Kurator Berita : Bahagian Dakwah
26 Julai 2021 (Isnin) telah berlangsung Kursus Pengukuhan Integriti : "PMOA Berintegriti & Bermaruah " untuk Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA), anjuran bersama Unit Integriti dan Cawangan Pemantapan Kefahaman Islam, Bahagian Dakwah JAKIM.

Kursus ini dihadiri oleh 240 orang Penggerak Masyarakat Orang Asli PMOA) dari 9 buah negeri secara atas talian.

Antara pengisian dalam kursus ini ialah slot ceramah berkaitan Integriti Dalam Perkhidmatan Awam (Tanggungjawab Kita) Oleh Puan Yusheliza binti Mohd Yunus, Ketua unit Integriti (JAKIM) dan slot ceramah berkaitan Rasuah Dihina, Maruah Dibina yang disampaikan Oleh Encik Effezul bin Abd Maulop daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Program kali kedua yang melibatkan semua PMOA secara atas talian ini dirasmikan oleh YBhg. Dato Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Semoga program seumpama ini dapat meningkatkan kefahaman terhadap integriti khususnya dalam melaksanakan tugas harian.

Kursus Pengukuhan Integriti PMOA Berintegriti Bermaruah 1

Kursus Pengukuhan Integriti PMOA Berintegriti Bermaruah 2

Kursus Pengukuhan Integriti PMOA Berintegriti Bermaruah 3

Kursus Pengukuhan Integriti PMOA Berintegriti Bermaruah 4