Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 12 Ogos - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan Diskusi Hadis Berkaitan Bumi al-‘Aqsa (Secara Dalam Talian) pada hari Khamis bertarikh 12 Ogos 2021 bersamaan 3 Muharram 1443H melalui platform Google Meet. Program ini telah mencapai kehadiran seramai 69 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM, Kader JAKIM, Pegawai Agensi di bawah YB Menteri di JPM, MAIN dan JAIN.

Diskusi ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada Pegawai Hal Ehwal Islam mengenai ilmu mengenalpasti kesahihan hadis dan sumbernya, mendedahkan hadis yang sahih sebagai hujah dan kefahaman hadis yang sahih sebagai pegangan dalam menghadapi cabaran semasa khususnya isu berkaitan al-‘Aqsa, dan melahirkan sifat tanggungjawab dalam memelihara ketulinan warisan hadis kepada umat islam. Diskusi ini dikendalikan oleh YBrs. Dr. Mohd Soberi bin Awang, Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Perkongsian sejarah al-Quds, hadis-hadis berkenaan al-‘Aqsa seperti hadis Baitul Maqdis sebagai kiblat pertama orang muslim; hadis masjid al-‘Aqsa sebagai masjid awal yang dibina, dan misi pertengahan dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj; hadis pembebasan Baitul Maqdis di akhir zaman, serta perbincangan isu-isu al-‘Aqsa menerusi hadis juga telah dikupas di dalam diskusi ini.

Semoga diskusi yang bermanfaat ini berjaya memberi pendedahan ilmu, kesedaran dan kemahiran kepada para peserta untuk menguasai ilmu hadis sebagai pegangan dalam menghadapi isu-isu al-‘Aqsa.

Diskusi Hadis Berkaitan Bumi Al Aqsa 1