Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 13 Ogos - Kluster Kecemerlangan Kepemimpinan Islam, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan Kursus Metodologi Kajian kepada pegawai Skim Perkhidmatan Hal Ehwal Islam (lantikan JAKIM dan Negeri) bagi Gred 29 dan ke atas dengan tumpuan kepada pegawai yang terlibat dalam penyediaan dasar, kertas-kertas fatwa dan istinbat.

Kursus yang dijalankan selama dua (2) hari iaitu pada 12 dan 13 Ogos 2021 secara dalam talian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kepada pegawai dalam proses penyelidikan yang saintifik ke atas perkara-perkara berikut :

  • mengenali permasalahan kajian sebelum kajian di proses
  • tujuan, objektif
  • persoalan dan hipotesis
  • sorotan literature
  • sumber rujukan
  • langkah membuat sorotan
  • jurang kajian
  • pembangunan kerangka teori dan konseptual
  • pendekatan penyelidikan kuantitatif
  • reka bentuk
  • persampelan kajian
  • pembangunan dan pengujian instrument
  • kesahan dan kebolehpercayaan instrument
  • etika dalam penyelidikan

Kursus ini dikendalikan oleh Dr. Hutkemri bin Zulnaidi, Pensyarah Kanan, Jabatan Matematik, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau berkongsi pengalaman mengenai proses penyelidikan kauntitatif dan juga kualitatif sehingga etika dalam penyelidikan. Seramai 60 orang peserta menyertai kursus ini menerusi pautan google meet link .Semoga kursus ini berjaya memberi pendedahan dan kemahiran kepada peserta khususnya dalam penyelidikan bermula proses sehinggalah memahami etika dalam penyelidikan.

Kursus Metodologi Kajian 1

Sumber berita dari Laman Web Rasmi ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/853-kursus-metodologi-kajian