Kurator Berita : Bahagian Dakwah
19 Ogos 2021, Alor Setar, Kedah – Program Sharing Is Caring (SIC) Dakwah Bantuan Bakul Makanan ke seluruh negara memulakan langkah ke Zon Utara meliputi 4 negeri iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak. Program ini adalah inisiatif JAKIM dalam membantu mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlanjutan di seluruh negara. Menelusuri gerak kerja ini, JAKIM bersama rakan strategi di agensi negeri seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri, agensi pengurusan zakat, Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Pegawai Takmir dan Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD). Dalam melaksanakan gerak kerja ini, agensi persekutuan dan negeri telah mengenalpasti beberapa kumpulan sasaran seperti golongan asnaf dan mereka yang memerlukan bantuan sebagaimana hasrat kerajaan supaya tidak ada keluarga yang terputus bekalan makanan.


KUNJUNGAN TEAM SIC DAKWAH KE JHEAIK

19 Ogos 2021, Khamis 10.00 pagi – Kunjungan Team SIC Dakwah ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) diketuai oleh Tuan Haji Ruslan Bin Said, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah bersama 5 pegawai Cawangan Pengukuhan Bahagian Dakwah disambut oleh Tuan Haji Yusri Bin Md Daud, Pengarah JHEAIK, Dato’ Syeikh Ismi Anuar Bin Abdul Halim, TimbalanPengarahOperasi JHEAIK dan Syeikh Zainal Jamal Bin Abdul Ghani, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JHEAIK.

Objektif kunjungan tersebut adalah menyampaikan bantuan bakul makanan melalui Pegawai Takmir dan PPMD Negeri Kedah sebagai pemudah cara dalam menyalurkan bantuan kepada golongan sasar. Sumbangan berbentuk bakul makanan sebanyak 50 pek bakul makanan melalui peruntukan Tabung Musa’adah Covid-19 (TMC-19) JAKIM-YWM bernilai RM5,000.00 yang dibekalkan oleh pihak YADIM untuk diagihkan.

Pada kesempatanini juga, perbincangan lanjut berhubung kekosongan perjawatan Pegawai Takmir Negeri Kedah sejak tahun lepas. Kedua-dua belah pihak memandang serius terhadap pengisian perjawatan ini memandangkan fungsi dan perasannya sebagai perantaraan JHEAIK dan JAKIM.

Program Bantuan Tabung Musaadah Covid 19 Di Kedah 1

Program Bantuan Tabung Musaadah Covid 19 Di Kedah 2


KUNJUNGAN TEAM SIC DAKWAH KE LZNK

19 Ogos 2021, Khamis 11.00 pagi – Seterusnya, misi bantuan Team SIC Dakwah berkunjung ke Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Ketibaan Team SIC Dakwah disambut oleh Tuan Syeikh Zakaria Bin Othman bersama pegawai-pegawai kanan LZNK. Objektif kunjungan ke LZNK adalah untuk menyampaikan sumbangan bernilai RM40,000.00 yang telah disumbangkan oleh SME Bank melalui wakalah zakat ke TMC-19. Ini membuktikan keyakinan salah satu agensi korporat kepada JAKIM dan rakan strategiknya dalam menunaikan tanggungjawab social serta keprihatinan mereka terhadap golongan asnaf dan mereka yang terkesan akibat pandemik.

Bersama-sama menjayakan misi bantuan ini, Puan Parihah Binti Hasan, Pengarah Kanan Ibu Pejabat YaPEIM bersama pegawai YaPEIM Cawangan Kedah turut serta menghulurkan sumbangan. Pada pertemuan ringkas tersebut, Tuan Syeikh Zakaria juga mengalu-alukan perkongsian idea dan khidmat kepakaran YaPEIM terhadap perlaksanaan projek estet padi yang bakal dilaksanakan oleh LZNK dalam waktu yang terdekat.

Program Bantuan Tabung Musaadah Covid 19 Di Kedah 3

Program Bantuan Tabung Musaadah Covid 19 Di Kedah 4