Kurator Berita : Bahagian Dakwah
8 September 2021, Rabu - Program Sharing is Caring (SiC) Agihan Bakul Makanan diteruskan ke destinasi berikutnya ke Zon Selatan iaitu Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.

Pada hari ini, JAKIM turun padang menyalurkan Sumbangan Tabung Musa'adah Covid-19 JAKIM-YWM melalui Program SiC Zon Selatan dengan kerjasama YaPEIM kepada golongan asnaf yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di negeri Melaka.

Sumbangan dari Tabung Musa'adah JAKIM-YWM disampaikan oleh YBhg. Dato' Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah JAWHAR kepada YBrs. Ustaz Mohammad Azli bin Abd Rahman, Ketua Pen. Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAIM dalam majlis simbolik penyerahan di Masjid A-Azim Melaka. Replika cek bernilai RM15,000.00 iaitu sebanyak 150 bakul makanan setiap satu mengandungi 10 kilo beras, minyak masak, gula, tepung, sardin dan barangan kering yang lain.

Turut hadir menjayakan majlis tersebut ialah Encik Ari Azharry Giman, Pengurus YaPEIM Negeri Sembilan dan Melaka sebagai pembekal bakul makanan program ini. aPEIM adalah salah sebuah agensi rakan strategik bersama JAKIM dalam menjayakan Program SiC ini.

Program Agihan Bakul Makanan Zon Selatan Negeri Melaka 1

Program Agihan Bakul Makanan Zon Selatan Negeri Melaka 2

Program Agihan Bakul Makanan Zon Selatan Negeri Melaka 3

Program Agihan Bakul Makanan Zon Selatan Negeri Melaka 4

Program Agihan Bakul Makanan Zon Selatan Negeri Melaka 5