Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 27 Oktober 2021 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan Kursus Media Baharu Dakwah secara atas talian pada hari Selasa dan Rabu bertarikh 26-27 Oktober 2021 bersamaan 19-20 Rabi’ulawal 1443H, jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari melalui platform Google Meet.

Kursus ini diadakan bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman kepada peserta berkaitan teori dan idea penghasilan video dakwah, meningkatkan kemahiran peserta dalam penghasilan dan penerbitan video dakwah, menanam kesedaran kepada para peserta berkaitan keperluan melaksanakan anjakan paradigm dan reformasi dalam kaedah penyampaian mesej Islam sesuai dengan tuntutan teknologi semasa.

Perkongsian empat (4) slot utama iaitu pengenalan kepada teori dan idea penghasilan video dakwah, asas persediaan penerbitan video dakwah, merakam babak-babak (scene) video dan mengedit, menilai dan membuat penambahbaikan video dakwah, telah disampaikan oleh Encik Muhammad Firdaus Mokhtar dan Encik Muhammad Abu Hurairah Roslan dari “The Solusi”.

Kursus ini telah mencapai kehadiran seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam, Pegawai agensi di bawah YB Menteri di JPM, Main dan JAIN. Peserta yang hadir sangat responsif sepanjang kursus berlangsung, membentangkan video menggunakan aplikasi Kinemaster, hasil daripada pembelajaran dan bimbingan penceramah.

Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya dalam memberi pendedahan kepada peserta teknik penghasilan video dakwah yang berkualiti serta melahirkan pendakwah yang mahir media dan teknologi yang terkini.

Kursus Media Baharu Dakwah 1

Sumber berita dari Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/902-kursus-media-baharu-dakwah