Kurator Berita : Bahagian Dakwah
15 Februari 2022 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah berjaya mengadakan Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022. Multaqa ini telah berlangsung pada 15 Februari 2022 bersamaan 13 Rejab 1443H, di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Seramai lebih 500 orang yang terdiri daripada Imam, Bilal, Siak, Guru Takmir, Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA), Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD), Guru KAFA, dan Pengetua/Mudir Institusi Tahfiz & Pondok dari seluruh daerah di Negeri Sembilan telah menghadiri program ini.

Seawal jam 9:30 pagi, para peserta memulakan multaqa ini dengan Solat Dhuha,Solat Taubat, Zikir Munajat dan Doa Oleh Ustaz Haji Mohd Nazri bin Abu Zarim, Imam 1 Masjid Sri Sendayan. Para peserta yang hadir berikutnya diberi penerangan dalam sesi libat urus caruman PERKESO oleh pihak PERKESO Negeri Sembilan. Slot Kalam Murabbi pula disampaikan Dr. Mohd Yusry bin Mazlan, Imam Besar Masjid Negeri Sembilan dengan kupasan yang amat menarik dan berkesan.

Acara perasmian multaqa telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Dr. Mohd Yusry bin Mazlan iaitu Imam Besar Masjid Negeri Sembilan. Multaqa diteruskan lagi dengan ucapan aluan oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Multaqa Murabbi Ummah Peringkat negeri ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Suhaimi bin Kassim, Ahli Dewan Undangan Negeri (Lenggeng), Negeri Sembilan mewakili Menteri Besar Negeri Sembilan. Program berakhir dengan Majlis Peyampaian Watikah Guru Takmir Negeri Sembilan dan Majlis Penyampaian Cek Cura Peruntukan Kewangan Imam, Bilal, Guru Takmir Dan Guru Kafa Negeri Sembilan Tahun 2022. Turut hadir bersama multaqa ini Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM, Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Pengarah JHEAINS, Dato' Mohd Zaidi bin Ramli, serta Pengarah Kanan Bahagian Dakwah, Haji Ruslan bin Said.


Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Sembilan 2022 1

Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Sembilan 2022 2

Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Sembilan 2022 3

Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Sembilan 2022 4

Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Sembilan 2022 5