Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan

Kota Kinabalu (14 Ogos 2023) – Seminar Pendidikan Fatwa dengan kerjasama Pejabat Mufti Negeri Sabah telah Berjaya dianjurkan dengan menampilkan beberapa pembentang kertas kerja. Antara tajuk yang dibentangkan adalah Peranan JAKIM dalam Isu-Isu Kefatwaan (Dr. Muhammad Yamin bin Ismail, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan), Sumbangan Tokoh Al-Ash’aariyah di Nusantara (Dr. Muhammad Aiman al-Akiti), Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Menurut Fahaman Imam Abu Hassan al-Asya’ari (SF Datuk Ustaz Haji Abdul Manap bin Lakariba, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah merangkap Ahli Majlis Fatwa Negeri Sabah) dan Tasawwuf Menurut Imam al-Ghazali & Imam Junaid al-Baghdadi (Dr. Muhammad Yusry bin Mazlan, Imam Besar Masjid Negeri, Negeri Sembilan merangkap Panel Pakar Tasawwuf JAKIM)

Seminar yang berlangsung di Auditorium Utama, Aras 4, Blok A Menara Kinabalu, Kota Kinabalu Sabah turut dihadiri Sahibus Samahah Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz bin Haji Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah serta YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Haji Mohd Yusoff dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Haji Mohd Ariffin bin Datuk Haji Mohd Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Sabah A 1

Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Sabah 2

Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Sabah 3

Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Sabah 4

Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Sabah 5

Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Sabah 6

Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Sabah 7

Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Sabah 8

Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Sabah 9

Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Sabah 10