Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
AYER KEROH, 16-18 OKTOBER 2024 –  Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) JAKIM selaku Sekretariat kepada Jawatankuasa Pelaksana Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSI) telah mengadakan Bengkel Dashboard PTSI pada bertempat di Hotel Imperial Heritage, Melaka melibatkan pegawai-pegawai dari Kementerian, Jabatan dan Agensi-Agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) seluruh Malaysia. Turut diadakan pada sesi kali ini Mesyuarat Pra Jawatankuasa Pelaksana PTSI yang telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian KSK, JAKIM.

Bengkel ini bertujuan untuk mengemaskini data dalam dashboard untuk pelaporan pelaksanaan PTSI bagi tahun 2023 - 2024 sejurus setelah penilaian semula PTSI ini dilaksanakan pada tahun 2023 dan pembangunan sistem dashboard telah dikemaskini. Semua ahli bengkel telah memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang bengkel ini diadakan. JAKIM menghargai komitmen daripada semua demi memastikan pelaporan dalam PTSI dalam dilengkapkan dengan sebaiknya. Moga kerjasama yang terjalin ini akan berterusan pada masa akan datang.

Dashboard 1

Dashboard 2

Dashboard 3

Dashboard 4

Dashboard 5

Dashboard 6

Dashboard 7

Dashboard 8

Dashboard 9

Dashboard 10