8 November 2024 - Delegasi Darul Quran JAKIM telah mengadakan Lawatan Pensetaraan sijil pengajian dan Temuduga Pengambilan Pelajar baharu Luar Negara di Maahad Darul Salam Littadrib al Islam Tay Ninh Vietnam.
Lawatan ini bertujuan membuat penilaian dan pensetaraan semula sijil akademik serta memastikan pihak pengurusan dan pelajar memahami syarat-syarat yang diperlukan untuk masuk ke Darul Quran.
Justeru, pihak delegasi DQ juga berpeluang berbincang secara langsung dengan pihak pengurusan institusi berkaitan maklumat tambahan dan memahami dengan lebih baik tentang penambaikan yang perlu dibuat bagi memastikan kelayakan pelajar dapat menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu juga, seramai 22 orang pelajar Islam Vietnam menyertai sesi temuduga pada kali ini bagi tujuan kemasukan ke Sijil Asas Tahfiz sesi 2025/2026.
Sesi lawatan turut disusuli dengan kunjungan hormat ke Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh bagi tujuan pemakluman dan penyelarasan kemasukan pelajar ke Darul Quran nanti. Semoga dengan lawatan ini, Darul Quran mampu menjadi medium dalam membantu perkembangan Syiar Islam di bumi Vietnam.