Kurator Berita : Bahagian Undang-Undang
"Lebih suara yang bersetuju. Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang"

5 Disember 2024 (Khamis) menjadi tarikh skrip yang ditunggu akhirnya didengari di salah satu dewan tertinggi di negara ini. Ia menjadi indikator bahawa RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.

YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah membentangkan Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024.

Kejayaan penggubalan dan pembentangan kedua-dua RUU tersebut hasil kerjasama pelbagai agensi termasuk JAKIM, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan dan Jabatan Peguam Negara.

Semoga kedua-dua RUU ini menjadi pemangkin kepada pemerkasaan institusi Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

1

2

3

4

5