Kurator Berita : Bahagian Undang-Undang
Mesyuarat Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan Bil. 12 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Nor Bee binti Ariffin, Pengerusi Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan telah diadakan pada 21 Januari 2025 (Selasa).

Mesyuarat kali ini telah membincangkan cadangan dan pandangan yang dibangkitkan oleh ahli Majlis Dialog Perundangan Islam Kebangsaan bagi tahun 2024 berkenaan dengan cadangan draf RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) (berbangkit daripada penggubalan undang-undang hibah dan wasiat orang Islam) serta draf Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Hibah).

Selain itu, selaras dengan Sasaran Kerja Strategik (SKS) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Bahagian Undang-Undang bagi tahun 2025, tiga (3) lagi undang-undang akan diteliti untuk digubal dan dibuat penambahbaikan oleh Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan iaitu Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303], undang-undang berkaitan pungutan khairat dan faraid.

BUU 1

BUU 2

BUU 3

BUU 4

BUU 5