Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

17– 19 JULAI 2026 | 2 – 4 SAFAR 1448H | HOTEL GRAND RIVER VIEW, KELANTAN

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) dan Yayasan Taqwa – MAIWP telah menganjurkan Kem Bimbingan Spiritual Islam Siri 2/2026 bertempat di Hotel Grand River View, Kota Bharu, Kelantan. Program selama tiga hari ini melibatkan 40 orang peserta daripada komuniti hijrah LGBT yang sedang dalam proses penghijrahan rohani dan perubahan ke arah kehidupan yang lebih diredai Allah.

Program ini merupakan platform menyantuni golongan hijrah dengan pendekatan psikospiritual Islam, menyemai nilai kasih sayang, membina kekuatan jiwa, dan membimbing mereka kembali kepada fitrah insani. Inisiatif ini mencerminkan komitmen JAKIM dalam mendukung konsep rahmatan lil alamin serta mendekati komuniti dengan pendekatan yang inklusif, empati dan penuh hikmah.

Antara pengisian utama yang dilaksanakan ialah Qiyamullail & Solat Berjemaah, Tazkirah, Sesi Muhasabah Diri & Terapi Jiwa, Slot Kesihatan, Bimbingan Psikologi & Perkongsian Pengalaman Hijrah.

Majlis perasmian kem ini telah disempurnakan oleh Puan Hazizah binti Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian KSK JAKIM yang mewakili YBhg. Dato’ Marzuki bin Hassan, Pengarah Bahagian KSK JAKIM yang turut dihadiri oleh YABrs. Dr. Hasnan bin Haji Ramli, Pengarah JAHEAIK dan YBrs. Ustaz Mohd Afifi bin Ahmad @ Ahmad Ashaari, Pegawai Dakwah Kanan, MAIK yang mewakili YABhg. Dato' Haji Mohd Anis bin Hussein, Timbalan Yang DiPertua MAIK.

Secara keseluruhan, program ini menerima maklum balas yang amat positif daripada para peserta. Mereka meluahkan rasa syukur dan terharu kerana diberi ruang untuk dibimbing tanpa prejudis. Ramai yang menyifatkan program ini sebagai titik mula perubahan hidup dan memberi impak besar kepada hati dan pemikiran mereka.

 


Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih Peringkat Negeri Sarawak 01

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih Peringkat Negeri Sarawak 02

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih Peringkat Negeri Sarawak 03

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih Peringkat Negeri Sarawak 04

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih Peringkat Negeri Sarawak 05

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih Peringkat Negeri Sarawak 06

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih Peringkat Negeri Sarawak 07

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih Peringkat Negeri Sarawak 08