Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
BANGI, 13 Mac 2019 – Sejak akhir-akhir ini negara banyak didedahkan mengenai isu integriti terutamanya yang melibatkan penjawat awam. Integriti adalah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu dan sesebuah organisasi. Integrity yang melibatkan penjawat awam pula ialah tindakan yang dilakukan hendaklah dilaksanakan secara jujur dan amanah mengikut bidang kuasa dan tugasnya, telus, tiada konflik peribadi, berwibawa, akauntabiliti serta patuh kepada segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Nilai-nilai integriti ini telah lama diperkenalkan Islam yang perlu dihayati serta diamalkan. Islam menegah umatnya melakukan sesuatu perkara yang sia-sia, tidak membawa kepada faedah serta perbuatan yang boleh mendatangkan mudarat serta kemusnahan.

ILIM sebagai satu-satunya pusat latihan Islam di Malaysia mengambil inisiatif untuk memperkenalkan Kursus Smart Integriti kepada seluruh penjawat awam di Malaysia. Program berbentuk kolaborasi strategik antara kementerian mahupun jabatan ini bakal melatih penjawat awam untuk membina personaliti berintegriti seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Bagi merealisasikan misi ini, ILIM melalui Kluster Turath dan Tamadun Islam melatih jurulatih terpilih dari setiap kampus ILIM untuk mengendalikan sesi yang akan diperkenalkan dalam skot kursus tersebut. Simulasi kursus tersebut mendapat bimbingan fasilitator dari Bahagian Dakwah JAKIM, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Kursus Smart Integriti ini juga akan dilaksanakan di kampus ILIM seluruh Malaysia iaitu di Besut, Jelebu, Lawas, Kundasang serta Lahad Datu.

Smart Integriti1