Menyediakan draf undang-undang syariah dalam tempoh tidak melebihi 12 bulan selepas semua dasar diputuskan.
Menyediakan hasil penyelidikan dalam bidang akidah, syariah, falak, muamalat, al-Quran dan al-Hadis dalam tempoh sekurang-kurangnya enam bulan (6) hingga selewat-lewatnya 12 bulan selepas arahan diterima bagi mendapatkan pandangan hukum dan menyelesaikan masalah masyarakat.
Memberi maklumbalas terhadap jemputan penceramah, pembentangan kertas kerja, forum, khidmat pakar perundingan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan diterima.
Menerbitkan rancangan Forum Perdana Ehwal Islam seminggu sekali di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Menyelesaikan proses permohonan pensijilan halal Malaysia bagi permohonan domestik dalam tempoh 30 hari berkerja selepas pembayaran fi pensijilan diterima.
Memberi maklumbalas kepada pengguna Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) dengan cepat,dan tepat dalam tempoh satu (1) hari bekerja bagi akuan penerimaan dan tiga (3) hari bekerja bagi pertanyaan dan aduan.
Memastikan semua aduan yang bermaklumat lengkap diurustadbir mengikut prosedur operasi standard dan maklumbalas dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja.
Memastikan urusan di kaunter perkhidmatan pelanggan utama memenuhi kehendak pelanggan dalam tempoh lima (5) minit.
Memastikan perkhidmatan Portal JAKIM beroperasi pada kadar 99.5 peratus setahun.
Fungsi 1 : Penggubalan dan Penyeragaman Undang-Undang Syarak
Fungsi 2 : Penyelarasan dan Pembangunan Pendidikan Islam
Fungsi 3 : Penyelarasan Pentadbiran Islam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, akan berperanan sebagai agensi pusat dalam perancangan pengurusan Hal Ehwal Islam dan pembangunan ummah dengan fungsi-fungsi seperti berikut:
Bertanggungjawab sebagai perancang yang menentukan pembangunan dan kemajuan Hal Ehwal Islam di negara ini;
Merangka dasar bagi pembangunan Hal Ehwal Islam di negara ini dan menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam
Membantu menggubal dan menyeragam undang-undang dan peraturan yang diperlukan serta menilai dan menyelaras pelaksanaan undang-undang dan pentadbiran yang sedia ada dari masa ke semasa dalam usaha untuk menyelesaikan masalah-masalah umat Islam;
Melaksanakan program-program pembangunan ummah dan penghayatan Islam dalam pengurusan negara;
Menyelaras mekanisma penguatkuasaan undang-undang serta peraturan-peraturan pentadbiran Hal Ehwal Islam di seluruh negara;
Membuat penilaian program-program Hal Ehwal Islam yang dilaksanakan di negara ini;
Bertindak sebagai pengumpul, penyebar dan pusat rujukan maklumat mengenai hal ehwal Islam; dan
Melaksanakan usaha-usaha pembangunan ummah melalui kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.
VISI
Peneraju Pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia
MISI
Memperkukuh Tadbir Urus Hal Ehwal Islam Melalui Pendekatan Rahmah ke Arah Kesejahteraan Ummah
OBJEKTIF
Jati Diri
Mempunyai jati diri yang berjiwa merdeka dalam berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara berdasarkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Amanah
Menjalankan tugas dengan penuh iltizam, dedikasi dan rasa tanggungjawab selaras dengan aku janji yang telah diikrarkan.
Halaman 2 dari 3