LATAR BELAKANG
 
Unit Integriti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ditubuhkan pada 27 Oktober 2014 selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil 6 Tahun 2013 yang memaklumkan mengenai keputusan Kerajaan untuk menubuhkan Unit Integriti sebagai `focal point` kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam.
 
Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme. Inisiatif ini akan dapat membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam.
Unit ini diletakkan secara terus di bawah Ketua Pengarah Jakim. Ia merupakan unit khas yang bertanggungjawab ke atas pengurusan integriti di Jakim.
 
Penubuhan Unit Integriti Jakim adalah berdasarkan penarafan risiko oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Model C (Jabatan yang berisiko rendah). Penarafan risiko ini dilakukan setiap tiga tahun atau mengikut keperluan.