Sistem Pengurusan Tilawah Al-Quran & Hafazan Kebangsaan merupakan satu sistem yang menguruskan pendaftaran peserta-peserta yang akan mengikuti program ini. Pendaftaran merangkumi bagi kedua-dua kategori dengan beberapa penilaian dan tapisan maklumat diri peserta yang akan disaring terlebih dahulu. Ini adalah bagi mengelakkan berlaku kesilapan maklumat serta menjaga integriti data peserta itu sendiri.
Al-Quran Recitation & National Memorization Management System is a system that manages the registration of participants who will follow this program. Registration includes both categories with some evaluation and screening of participants' personal information to be screened first. This is to prevent information errors and maintain the integrity of the participant's own data.
Aplikasi Mobil Smart Hadith dibangunkan dengan kerjasama antara Suruhanjaya Multimedia Malaysia (MCMC) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ia merupakan satu platform yang mudah digunakan oleh pengguna bagi mendapatkan hadith yang sahih. Terdapat pelbagai koleksi hadith berdasarkan kitab, bab, perawi dan lain-lain lagi.

Antara objektif utama aplikasi ini dibangunkan adalah:
 
  • Sebagai gerbang maklumat altenatif (kedua) yang disediakan untuk pengguna untuk mendapatkan pelbagai koleksi hadith.
  • Meningkat kepantasan capaian terhadap maklumat yang disediakan.

Fungsi utama aplikasi Smart Hadith:

  • Carian;
  • Hadith Harian;
  • Perkongsian maklumat ke media sosial;
  • Hadith yang paling popular;
  • Bookmark; dan
  • Pertanyaan.
Portal myHadith diwujudkan dengan objektif adalah untuk:

  1. Sebagai gerbang maklumat utama yang berautoriti berkaitan bidang penyelidikan hadith di Malaysia untuk paparan dan rujukan umum;
  2. Sebagai pangkalan data utama dan pusat pengumpulan maklumat hal ehwal hadith;
  3. Sebagai rujukan kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia; dan
  4. Meningkatkan kualiti pemudah cara, capaian maklumat dan penyelidikan hal ehwal hadith.