Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
 
PUTRAJAYA, 3 SEPTEMBER 2025 - Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSI) Bilangan 1 Tahun 2025 telah berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya. Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada hala tuju PTSI memandangkan tahun 2025 merupakan tahun terakhir pelaksanaan pelan tersebut. Turut dibincangkan adalah pemerkasaan pelaksanaan PTSI agar urus tadbir dapat dijalankan dengan lebih teratur dan berkesan.

Hasil perbincangan, ahli mesyuarat memberi respon positif jika PTSI diteruskan pada masa akan datang kerana pelaksanaannya telah memberi impak positif sesama pelbagai agensi yang terlibat. Bahkan ia juga membantu dalam menganalisis keberkesanan program yang dijalankan, khususnya berkaitan usaha menangani gejala sosial dalam kalangan umat Islam di Malaysia.

Jawatankuasa turut menekankan bahawa kesinambungan PTSI amat penting bagi memastikan usaha memperkukuh kesejahteraan sosial umat Islam dapat dilaksanakan secara menyeluruh, tersusun dan berterusan.

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Pelan Tindakan Sosial Islam Ptsi Bil 1 Tahun25 01

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Pelan Tindakan Sosial Islam Ptsi Bil 1 Tahun25 02

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Pelan Tindakan Sosial Islam Ptsi Bil 1 Tahun25 03

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Pelan Tindakan Sosial Islam Ptsi Bil 1 Tahun25 04

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Pelan Tindakan Sosial Islam Ptsi Bil 1 Tahun25 06

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Pelan Tindakan Sosial Islam Ptsi Bil 1 Tahun25 05

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Pelan Tindakan Sosial Islam Ptsi Bil 1 Tahun25 08

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Pelan Tindakan Sosial Islam Ptsi Bil 1 Tahun25 09


Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
8-10 September 2025, Ipoh, Perak. Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM telah mengadakan Kursus Pemantapan Kompetensi Penceramah Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam kepada seramai 32 orang penceramah dari Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Kursus ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi Latihan yang berterusan dalam usaha memantapkan kemahiran para penceramah yang telah dilantik setelah mengikuti Kursus Asas Training of Trainer (TOT) bagi mengendalikan modul yang dibangunkan untuk pelaksanaan Kursus Praperkahwinan Islam di seluruh Malaysia.

Usaha ini merupakan manifestasi kepada komitmen JAKIM dalam usaha untuk membangunkan kompetensi penceramah yang berkualiti dan efisien dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan Kursus Praperkahwinan Islam.

Bagi menjayakan kursus pemantapan ini, para peserta telah menerima bimbingan melalui modul kejurulatihan yang dibangunkan secara berstruktur bersama Tuan Haji Jalil bin Saad sebagai ketua pembimbing. Selain beliau, peserta turut dibimbing oleh Prof. Madya Dr. Md. Noor bin Saper dan Ustaz Mohd Firdauz bin Shurkhan. Gandingan ketiga-tiga penceramah tersebut telah memberi impak pelaksanaan program yang lebih komprehensif iaitu meliputi aspek teori dan praktikal, dimana para peserta bukan sahaja menerima bimbingan tetapi turut mempersembahkan kemahiran penyampaian pengajaran masing-masing berasaskan pembelajaran yang telah diikuti.

Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hazizah binti Yusof, KPPK Cawangan Pembangunan Keluarga bagi mewakili YBrs. Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM. Dalam majlis perasmian tersebut, YBrs. Puan Hazizah binYusof telah menyampaikan Hasrat JAKIM agar para penceramah terus berusaha mempertingkatkan kompetensi, iaitu kemahiran dan pengetahuan masing-masing bagi memastikan penyampaian yang lebih berimpak. Beliau turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) telah bekerjasama dalam memastikan penyertaan peserta dalam program ini. Ujar beliau, JAKIM akan terus berusaha melaksanakan agenda dalam membantu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat dengan adanya kerjasama bersama JAIN.

pp1

pp2

pp3

pp4

pp5

pp6

pp7

pp8

pp9

pp10
Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

28 Ogos 2025, Khamis – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Keluarga, Sosial, dan Komuniti (KSK) telah mengadakan Bengkel Penyemakan Data Pelan Tindakan Sosial Islam 2025 secara hibrid. Bertempat di Bilik Mesyuarat al-Nur, Aras 4, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya dan melalui aplikasi Google Meet, bengkel ini berjaya mengumpul lebih daripada 50 peserta pelbagai agensi.

Bengkel ini merupakan satu daripada tanggungjawab KSK selaku Setiausaha Jawatankuasa Pelaksana PTSI dalam usaha menangangi isu-isu sosial Islam yang melanda negara.

Mewakili Pengarah, Yang Berusaha Puan Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah KSK telah diamanahkan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan sebelum sesi taklimat dan penyemakan data PTSI berjalan.

Memandangkan pelaksanaan PTSI berakhir pada tahun 2025, bengkel ini antara pecutan terakhir bagi Jawatankuasa Pelaksana PTSI untuk melengkapkan laporan program berkaitan dengan isu sosial melalui lima teras dalam PTSI. Lima teras tersebut ialah Pengukuhan Institusi Keluarga dan Sosial; Pembangunan Pendidikan Agama; Pemerkasaan Penyelidikan; Pemerkasaan Undang-undang; dan Pemerkasaan Sistem Sokongan Sosial.

Laporan tersebut akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana PTSI yang akan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah JAKIM.

Sosial 1

Sosial 2

Sosial 3

Sosial 4

Sosial 5

Sosial 6

Sosial 7

Sosial 8

Sosial 9

Sosial 10

 

 
Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

26-28 Ogos 2025M / 02-04 Rabiulawal 1447H

Hotel Avillion, Port Dickson, Negeri Sembilan

Port Dickson – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah mengadakan Kursus Pemerkasan Pegawai Rundingcara Menggunakan Pendekatan Kaunseling Syarie (Zon Tengah) Tahun 2025 pada 26-28 Ogos 2025 bertempat di Hotel Avillion, Port Dickson, Negeri Sembilan. Peserta kursus adalah dalam kalangan para pegawai yang terlibat secara langsung mengendalikan sesi runding cara dan khidmat nasihat dari Jabatan Agama Selangor (JAIS), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Kursus ini bertujuan untuk  memberikan pendedahan dan kefahaman kepada Pegawai Rundingcara mengenai kepentingan intervensi kerohanian dalam proses sokong bantu klien dan meningkatkan kemahiran mereka dalam memberikan perkhidmatan agar lebih profesional dalam membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi serta menjadikan perkhidmatan ini sebagai rujukan utama dalam masyarakat dan komuniti setempat.

Kursus ini telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr.  Md Noor bin Saper dan Puan Rabihah binti Ibrahim yang kedua-duanya merupakan Kaunselor Berdaftar.  Method yang digunakan adalah sesi ceramah dan diselangi dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) serta Simulasi. Tajuk-tajuk yang disampaikan ialah Pengenalan Asas Kaunseling, Prinsip Asas Kaunseling Syarie, Manusia dan Islam, Model Kaunseling Al-Ghazali, Proses Pelaksanaan Kaunseling Syarie dan Kemahiran-kemahiran Dalam Kaunseling. Para peserta juga turut didedahkan dengan isu-isu perundangan yang disampaikan oleh Puan Zailfah binti Rusly, Pegawai Sulh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurakan oleh YBrs. Puan Tuan Haji Norizan bin Abd. Ghani, Pengarah Bahagian KSK, JAKIM.

AVILLION 1

AVILLION 2

AVILLION 3

AVILLION 4

AVILLION 5

AVILLION 6

AVILLION 7

AVILLION 8

AVILLION 9

AVILLION 10