Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

28 Ogos 2025, Khamis – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Keluarga, Sosial, dan Komuniti (KSK) telah mengadakan Bengkel Penyemakan Data Pelan Tindakan Sosial Islam 2025 secara hibrid. Bertempat di Bilik Mesyuarat al-Nur, Aras 4, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya dan melalui aplikasi Google Meet, bengkel ini berjaya mengumpul lebih daripada 50 peserta pelbagai agensi.

Bengkel ini merupakan satu daripada tanggungjawab KSK selaku Setiausaha Jawatankuasa Pelaksana PTSI dalam usaha menangangi isu-isu sosial Islam yang melanda negara.

Mewakili Pengarah, Yang Berusaha Puan Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah KSK telah diamanahkan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan sebelum sesi taklimat dan penyemakan data PTSI berjalan.

Memandangkan pelaksanaan PTSI berakhir pada tahun 2025, bengkel ini antara pecutan terakhir bagi Jawatankuasa Pelaksana PTSI untuk melengkapkan laporan program berkaitan dengan isu sosial melalui lima teras dalam PTSI. Lima teras tersebut ialah Pengukuhan Institusi Keluarga dan Sosial; Pembangunan Pendidikan Agama; Pemerkasaan Penyelidikan; Pemerkasaan Undang-undang; dan Pemerkasaan Sistem Sokongan Sosial.

Laporan tersebut akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana PTSI yang akan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah JAKIM.

Sosial 1

Sosial 2

Sosial 3

Sosial 4

Sosial 5

Sosial 6

Sosial 7

Sosial 8

Sosial 9

Sosial 10