Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

26-28 Ogos 2025M / 02-04 Rabiulawal 1447H

Hotel Avillion, Port Dickson, Negeri Sembilan

Port Dickson – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah mengadakan Kursus Pemerkasan Pegawai Rundingcara Menggunakan Pendekatan Kaunseling Syarie (Zon Tengah) Tahun 2025 pada 26-28 Ogos 2025 bertempat di Hotel Avillion, Port Dickson, Negeri Sembilan. Peserta kursus adalah dalam kalangan para pegawai yang terlibat secara langsung mengendalikan sesi runding cara dan khidmat nasihat dari Jabatan Agama Selangor (JAIS), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Kursus ini bertujuan untuk  memberikan pendedahan dan kefahaman kepada Pegawai Rundingcara mengenai kepentingan intervensi kerohanian dalam proses sokong bantu klien dan meningkatkan kemahiran mereka dalam memberikan perkhidmatan agar lebih profesional dalam membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi serta menjadikan perkhidmatan ini sebagai rujukan utama dalam masyarakat dan komuniti setempat.

Kursus ini telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr.  Md Noor bin Saper dan Puan Rabihah binti Ibrahim yang kedua-duanya merupakan Kaunselor Berdaftar.  Method yang digunakan adalah sesi ceramah dan diselangi dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) serta Simulasi. Tajuk-tajuk yang disampaikan ialah Pengenalan Asas Kaunseling, Prinsip Asas Kaunseling Syarie, Manusia dan Islam, Model Kaunseling Al-Ghazali, Proses Pelaksanaan Kaunseling Syarie dan Kemahiran-kemahiran Dalam Kaunseling. Para peserta juga turut didedahkan dengan isu-isu perundangan yang disampaikan oleh Puan Zailfah binti Rusly, Pegawai Sulh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurakan oleh YBrs. Puan Tuan Haji Norizan bin Abd. Ghani, Pengarah Bahagian KSK, JAKIM.

AVILLION 1

AVILLION 2

AVILLION 3

AVILLION 4

AVILLION 5

AVILLION 6

AVILLION 7

AVILLION 8

AVILLION 9

AVILLION 10