SEKTOR PENGURUSAN

Bahagian Pengurusan Maklumat
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 5, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3,
62100 Putrajaya
No Tel : 03-8870 7000
No. Faks : 03-8870 7202


LATAR BELAKANG

Pada peringkat permulaan, bahagian ini dikenali sebagai Unit Sistem Maklumat Islam (SISMI) yang diletakkan di bawah Cawangan Penyelidikan Islam. Selaras dengan pembangunan dan kemajuan Islam yang bertambah mantap di negara ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai menggantikan Bahagian Hal Ehwal Ugama Islam (BAHEIS). Bahagian ini juga tidak terkecuali yang bertukar namanya kepada Bahagian Informasi Islam.

Untuk membolehkan ia bergerak dengan lancar dan efektif, Jakim membahagikan operasinya kepada beberapa bahagian yang masing-masing beroperasi dengan berteraskan kepada objektif serta fungsi yang nyata. Setelah berpindah ke Putrajaya, Bahagian Informasi Islam sekali lagi ditukarkan kepada nama yang lebih tepat iaitu Bahagian Perkhidmatan ICT (BPICT).

Walau bagaimanapun, Jakim mengalami proses perkembangan lagi bersesuaian dengan peranan dan fungsi Jakim yang semakin bertambah. Melalui penstrukturan baru Jakim, BPICT telah berubah nama buat ke sekian kalinya kepada Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM).

Bahagian Pengurusan Maklumat telah dipertanggungjawabkan membangunkan aplikasi dan prasarana ICT yang bersesuaian selaras dengan visi dan misi JAKIM serta memenuhi keperluan pengguna yang merentasi sempadan masa dan bangsa. Perkhidmatan yang disediakan termasuklah menyediakan pelbagai aplikasi, produk perkhidmatan, penyelenggaraan, penyediaan prasarana ICT dan rangkaian komputer.

Kini Bahagian Pengurusan Maklumat ini, telah mempunyai 4 Cawangan iaitu Cawangan Pengurusan Operasi Teknikal, Cawangan Pembangunan dan Pengurusan Aplikasi, Cawangan Pengurusan Strategik ICT dan Cawangan Pengurusan Informasi Islam.

Sehingga kini bahagian ini telah membangunkan pelbagai aplikasi samada yang dibangunkan dengan kerjasama tenaga pakar pihak luar seperti MAMPU atau pun yang dibangunkan sendiri oleh bahagian ini yang boleh dimanfaatkan untuk memenuhi keperluan stake holders atau orang awam.