VISI
ICT pemacu transformasi pemodenan sistem penyampaian perkhidmatan hal ehwal Islam ke arah globalisasi
MISI
ICT pemacu transformasi pemodenan sistem penyampaian perkhidmatan hal ehwal Islam ke arah globalisasi
MISI
- Memperkasakan kapasiti ICT bagi meningkatkan kualiti maklumat hal ehwal Islam sebagai rujukan utama dalam melahirkan khaira ummah
- Memantapkan pengurusan hal ehwal Islam melalui pembudayaan ICT dan perkongsian maklumat secara inovatif
OBJEKTIF
Mempastikan penggunaan ICT secara yang berkesan-kos, menepati masa, mesra pengguna dan memenuhi semua keperluan pengguna.
FUNGSI
- Merangka strategi dan perancangan TMK JAKIM selaras dengan Misi, Visi, Objektif dan Fungsi JAKIM;
- Menyediakan prasarana TMK JAKIM untuk jangka pendek dan jangka panjang;
- Melaksanakan kajian kesauran, pembangunan dan perlaksanaan sistem-sistem yang sesuai untuk meningkatkan prestasi pengurusan Hal Ehwal Islam di bawah bidang tugas JAKIM, termasuk intranet dan ekstranet;
- Mengurus personel, perisian dan perkakasan TMK di JAKIM dengan sempurna;
- Mengkompil maklumat-maklumat Islam yang perlu secara bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk manfaat ummah;
- Memantau dan menilai perkembangan TMK dan impaknya dalam pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia dan di seluruh dunia serta mencari cara menanganinya secara yang bersesuaian; dan
- Menjadi penasihat kepada pengurusan JAKIM dalam penggunaan TMK secara menyeluruh
PIAGAM PELANGGAN
- Memastikan perkhidmatan Portal Jakim beroperasi pada kadar 99.5 peratus setahun
- Memastikan bantuan teknikal (Help Desk) di ambil tindakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja di Ibu Pejabat.
- Memastikan emel diwujudkan dalam masa tiga (3) hari bekerja dari tempoh permohonan diluluskan.