Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Pada 24 hingga 25 September 2024, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah dijemput menyertai simposium bertemakan ‘Sharia Rulings on Consuming and Marketing Cultured Meat, Insects and GMFs of Animal Origins’ bertempat di Ritz-Carlton Hotel, Jeddah. Simposium yang berlangsung selama dua hari tersebut dianjurkan oleh International Islamic Fiqh Academy (IIFA). IIFA merupakan salah satu organisasi subsidiari di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang bertanggungjawab menjalankan kajian terhadap isu-isu semasa hal ehwal Islam dan seterusnya mengeluarkan pandangan hukum mengenainya. Ahli-ahlinya terdiri daripada tokoh-tokoh ilmuan Islam dari negara-negara anggota OIC serta individu-individu terkemuka yang berkepakaran dalam bidang perundangan, budaya, saintifik dan ekonomi.

Dalam simposium kali ini, delegasi JAKIM telah diberi penghormatan untuk membentangkan pengalaman dan kajian yang telah dilaksanakan Malaysia berkenaan dengan daging kultur bersama-sama dengan negara Arab Saudi dan Singapura. Delegasi JAKIM terdiri daripada empat (4) orang pakar dan saintis, iaitu:

           1.  Prof. Dr. Sahilah binti Abdul Mutalib
           2. Ts. Dr. Anis Syahirah binti Mokhtar
           3. Dr. Mohammad Naqib bin Hamdan
           4. Encik Jafri bin Abdullah

WhatsApp Image 2024 10 03 at 09.44.55

WhatsApp Image 2024 10 03 at 09.45.09

WhatsApp Image 2024 10 03 at 08.23.51

Di dalam simposium selama 2 hari ini, isu lain yang dikupas adalah berkenaan dengan Makanan Terubahsuai Genetik (Genetically Modified Food) dan juga serangga sebagai bahan makanan. Isu-isu ini dikupas dari aspek sains dan syariah oleh pakar-pakar dalam bidang berkenaan.
 
Perbincangan dan resolusi daripada IIFA adalah penting bagi Malaysia dan JAKIM khususnya bagi tujuan kajian penentuan fatwa dan juga dalam aspek pensijilan halal.

Resolusi IIFA melalui simposium ini akan dikemukakan kepada Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) untuk tujuan perbincangan lanjut.