I~MaqSD adalah merupakan inisiatif yang dirangka bagi mengukur secara saintifik tahap pengaplikasian Maqasid Syariah dalam pelaksanaan fungsi-fungsi agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan diintegrasikan bersama dengan nilai-nilai Sustainable Development Goals (SDGs).

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Pasca Kabinet, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) 15 Ogos 2020, JAKIM diminta untuk melakukan ukuran dan pemantauan Maqasid di peringkat agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Justeru, I~MaqSD dibangunkan bagi tujuan tersebut bagi melaksanakan pengukuran terhadap 14 agensi iaitu:

  1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

  2. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

  3. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

  4. Tabung Haji

  5. TV ALHIJRAH

  6. Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)

  7. Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan

  8. Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS)

  9. Jabatan kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

  10. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

  11. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

  12. Yayasan Waqaf Malaysia

  13. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

  14. Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)

 
 
Objektif I~MaqSD adalah seperti berikut:

  1. Menjadikan agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai sebuah organisasi yang melaksanakan fungsi dan peranan selaras Maqasid Syariah.

  2. Memastikan eleman lima (5) prinsip Maqasid Syariah dimasukkan dalam penggubalan dasar dan perancangan strategik tadbir urus agensi dan diintegrasi dengan SDGs.

  3. Memastikan pelaksanaan Maqasid Syariah difahami dengan jelas oleh semua peringkat pembuat dasar, pelaksana dasar dan masyarakat.

  4. Menjadikan Maqasid Syariah sebagai Standard of Practise dalam tadbir urus agensi dan dibudayakan oleh semua peringkat dalam organisasi.

 

Pengukuran dalam I~MaqSD melibatkan 6 bidang iaitu:

  1. Perundangan dan Kehakiman Syariah

  2. Pendidikan dan Pembangunan Insan

  3. Sosio Ekonomi Ummah

  4. Dakwah dan Media

  5. Institusi Masjid

  6. Kepimpinan dan Tadbir Urus

 
 
PELAKSANAAN I-MaqSD 2020
Metodologi I~MaqSD