Memelihara nyawa merupakan prinsip kedua Maqasid Syariah yang sangat penting bagi memastikan kelangsungan kehidupan makhluk ciptaan Allah. Islam meletakkan harga yang amat tinggi ke atas nyawa setiap makhluk. Nyawa seseorang manusia tidak boleh diambil atau ditamatkan sewenang-wenangnya tanpa hak. Semua makhluk berhak untuk hidup dengan tenang. Menjadi tanggungjawab ulil amri untuk mengelakkan perkara-perkara yang boleh memudharatkan nyawa rakyat. Apabila nyawa tidak terpelihara maka negara dan hidup rakyat akan menghadapi kemusnahan.

Perbuatan bunuh diri merupakan satu dosa besar yang amat dilarang oleh Islam. Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَىْءٍ عُذِِّبَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh diri dengan sesuatu cara, pada hari kiamat kelak dia akan diseksa dengan cara seperti itu pula.” (Riwayat al-Bukhari (6047) dan Muslim (110) Daripada Jundub RA, Nabi SAW juga bersabda:

كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ بِهِ جُرْحٌ، فَجَزِعَ ف أخََذَ سِكِِّينًا فَحَزَّ بِهَا يَدَهُ، فَمَا رَقَأ الدَّمُ حَتَّى مَاتَ، قَالَ اللََُّّ تَعَالَىكَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ بِهِ جُرْحٌ، فَجَزِعَ ف أخََذَ سِكِِّينًا فَحَزَّ بِهَا يَدَهُ، فَمَا رَقَأ الدَّمُ حَتَّى مَاتَ، قَالَ اللََُّّ تَعَالَىبَادَرَنِي عَبْدِي بِنَفْسِهِ، حَرَّمْتُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

Maksudnya: “Pada umat sebelum kalian, terdapat seseorang yang tercedera, dia tidak dapat menahan kesakitan lalu dia mengambil pisaunya lalu memotong tangannya. Darah berterusan mengalir sehinggalah dia mati. Allah berkata: Hamba ku telah menyegerakan untuk mati, aku telah mengharamkan ke atasnya syurga.” (Riwayat al-Bukhari (3463)

Hadis ini menunjukkan bahawa Allah SWT telah memberi peringatan keras bahawa sesiapa yang membunuh diri tidak akan dimasukkan ke dalam syurga. Ini berdasar sabda Nabi SAW:

منْ قَتَلَ نَفْسَهُ بحَديدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِى يَدِهِ يَتَوَجَّأ بِهَا فِى بَطْنه فِى نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أبَدًا، وَمَنْمنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بحَديدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِى يَدِهِ يَتَوَجَّأ بِهَا فِى بَطْنه فِى نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أبَدًا، وَمَنْشَرِبَ سمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ يَتَحَسَّاهُ فِى نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أبَدًا، وَمَنْ تَردَّى مِنْ جبَلٍ فَقَتَلَنَفْسَهُ فَهُوَ يَتَرَدَّى فِى نَارِ جَهَنِّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَ ا أبَدًا

Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh diri dengan besi, maka di neraka jahanam nanti besi itu selalu di tangannya, ia menusuk-nusukkannya ke perutnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan meminum racun, maka di neraka jahanam nanti ia akan terus meminumnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka di neraka jahanam nanti, ia akan menjatuhkan (dirinya) selama-lamanya.” (Riwayat Muslim (109)